Anda di sini

Program ‘Lifeline’ kongsi inspirasi doktor pakar

Advertisement
 

BIDANG perubatan adalah untuk seumur hidup. Untuk mengharunginya seseorang itu memerlukan kesungguhan, minat, kerana apabila mengambil keputusan terjun dalam bidang perubatan bermakna individu itu sanggup mendedikasikan kehidupan seumur hidup membantu pesakit yang memerlukan bantuan.

Bersama Dr. Liyana D., Radio Televisyen Malaysia (RTM) program ‘Lifeline’ yang memaparkan kisah seorang doktor berkongsi pengalaman juga kepakaran dalam bidang masing-masing yang sedang bersiaran setiap Khamis, jam 8.00 pagi menerusi TV Okey.

Menariknya program ini turut menonjolkan sisi berbeza doktor pakar ini daripada sudut pandang isteri, anak-anak, rakan-rakan dan juga jururawat di hospital tempat doktor ditemu bual bertugas.

Episod pengenalan program setengah jam ini membawakan pakar perubatan berpengalaman iaitu Dr. Rashidi Saidin, Pakar Buah Pinggang berkongsi suka-duka penglibatannya kira-kira sedekad lalu dalam bidang perubatan.

Hos turut menemubual beliau bagi berkongsi pendapat tentang pengambilan makanan tambahan yang seringkali diambil masyarakat kita dalam menjalani kehidupan seharian.

Isunya di sini bila pengambilan berlebihan apakah kesan sampingannya? Dan apakah ianya boleh jadi penyebab kepada penyakit buah pinggang?

Tahukah anda juga dalam perubatan pergigian terdapat beberapa bidang kepakaran yang boleh dipelajari oleh anda dan bukan sahaja berkaitan rawatan pergigian biasa?

Paparan minggu seterusnya akan membawakan kepada anda seorang Doktor Pakar Bedah Mulut dan Maksilofisial yang juga merupakan salah satu bidang kepakaran pergigian, iaitu Dr. Rifqah Nordin. Beliau kini juga merupakan salah seorang Pensyarah dan Doktor Pakar yang berkhidmat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Turut dikongsikan cara penjagaan gigi dan mulut terbaik untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.

Lifeline minggu berikutnya memaparkan kisah seorang Doktor Pakar Bedah Tangan & Mikrosurgeri yang berkhidmat di Thompson Hospital Kota Damansara yang bercerita tentang pengalaman beliau sepanjang bertugas dan cabaran terpaksa dilalui.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Advertisement