Anda di sini

Keselamatan bangunan, kebersihan kawasan diberi tumpuan utama 

Advertisement
 Asneh (lima kanan) ketika mempengerusikan mesyuarat JKDB Rumah Pangsa Tanjung Aru berkenaan.
BINCANG: Asneh (lima kanan) ketika mempengerusikan mesyuarat JKDB Pangsapuri Tanjung Aru berkenaan.

KOTA KINABALU: Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) Pangsapuri Tanjung Aru Sesi 2020-2022 akan memberi tumpuan mengenai aspek keselamatan bangunan dan kebersihan di kawasan Rumah Pangsa Tanjung Aru.

Pengerusi JKDB Pangsapuri Tanjung Aru yang baharu, Asneh Libong berkata, penekanan utama ini bagi memberikan keselesaan dan keselamatan kepada penduduk di sini memandangkan bangunan di perumahan ini telah mengalami keretakan.

Menurut Asneh, selain keretakan bangunan, 11 blok perumahan di sini yang telah mencecah usia lebih 50 tahun ini telah mengalami pelbagai masalah dan kerosakan lain yang perlu diberikan perhatian dan dibaikpulih oleh pihak berkenaan terutama oleh Lembaga Pembangunan Perumahan Dan Bandar (LPPB).

 Asneh (kanan) mendengar cadangan yang diberikan oleh jawatankuasa pada mesyuarat itu.
DENGAR: Asneh (kanan) mendengar cadangan yang diberikan oleh jawatankuasa pada mesyuarat itu.

Asneh menyatakan perkara demikian semasa mempengerusikan mesyuarat pertama JKDB Pangsapuri Tanjung Aru yang diadakan di salah sebuah restoran di sini semalam.

Dalam pada itu katanya, aspek kebersihan persekitaran kawasan perumahan ini juga akan diambil berat demi mengelak pembiakan nyamuk dan tikus yang mampu membawa pelbagai wabak penyakit.

Sehubungan dengan itu katanya, dalam masa terdekat ini pihak JKDB merancang untuk mengadakan satu gotong royong untuk membersihkan kawasan persekitaran Pangsapuri Tanjung Aru ini.

"Selain sama-sama menghindar wabak pandemik COVID-19, pencegahan Denggi dan kencing tikus juga perlu diberikan perhatian, kerana dua penyakit ini juga mampu mengundang maut," katanya.

Katanya, apa yang saya harapkan semoga barisan JKDB yang baharu ini akan mendapat kerjasama daripada penghuni di perumahan ini agar segala apa yang akan dilaksanakan akan berjalan lancar dan berjaya demi kesejahteraan penduduk di sini keseluruhannya.

Beliau turut mengharapkan agar ahli-ahli jawatankuasa JKDB yang dilantik akan dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan di samping sama-sama mencari idea untuk memakmurkan lagi kawasan perumahan ini.

  • oleh
  • Advertisement