Anda di sini

BERSATU tidak pandang rendah pada UMNO

Advertisement
FAIRUZ
FAIRUZ

KOTA KINABALU: Pimpinan tertinggi BERSATU sama ada dari peringkat pusat mahupun negeri tidak pernah memandang rendah kepada kewibawaan parti lain terutama UMNO.

Ketua ARMADA BERSATU Sabah Fairuz Renddan berkata, penyatuan yang telah dicapai khasnya selepas pertukaran pentadbiran Kerajaan Pusat tahun lalu adalah bukti bahawa BERSATU mempercayai dan yakin dengan UMNO sebagai sebuah parti 'senior'.

"Kita tidak pernah berniat atau membuat pernilaian pada parti lain, apatah lagi UMNO, kerana di Sabah, UMNO adalah rakan kita yang bersama-sama kita dalam Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

"Sudah pasti kita bekerjasama membentuk kerajaan bersama kerana kita juga hormat dan yakin dengan kredibiliti pemimpin-pemimpin dalam parti UMNO,"katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Beliau berkata, segala isu berbangkit khasnya yang berbaur negatif yang mampu menggugat kesatuan GRS adalah satu unsur negatif yang memalukan dan diibaratkan sebagai 'bodoh sombong'.

"Kita jalinkan kerjasama bersama dan tidak mungkin untuk kita cuba mengeruhkan keadaan dengan membangkitkan isu yang pasti memburukkan jalinan kerjasama kita dalam GRS.

"Jika ada pemimpin dari BERSATU yang menilai parti UMNO dengan pernilaian negatif atau tidak sepatutnya, dan tidak memikirkan kesan jangka masa panjang kepada kerajaan Perikatan Nasional dan UMNO masa kini, pastinya itu adalah pandangan peribadi mereka sendiri dan sama sekali bukan pendirian dalam BERSATU," tegasnya.

Terdahulu, Ketua ARMADA BERSATU Malaysia, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO bukan lagi kuasa besar dalam politik negara.

Kenyataan itu kemudian diselar oleh Ahli Parlimen Kimanis, Mohamad Alamin.

Dalam laporan media yang diterbitkan semalam, Mohamad berkata walaupun Wan Fayhsal berhak untuk memberi pandangan, beliau tidak patut bercakap mengenai kekuatan parti lain.

  • oleh
  • Advertisement