Anda di sini

Sampaoli letak jawatan sebagai jurulatih Atletico

Advertisement
SAMPAOLI
SAMPAOLI

SAO PAULO:  Jorge Sampaoli meletak  jawatan sebagai jurulatih kelab di Brazil, Atletico Mineiro pada Isnin dalam sepucuk surat dikeluarkan oleh penasihatnya ekoran spekulasi bahawa beliau dijangka akan menjadi jurulatih baharu kelab Ligue 1 Perancis, Marseille.

“Saya sudah sampai ke penghujung. Khamis  ini adalah perlawanan terakhir,” bekas jurulatih Sampaoli ketika menulis dalam lima muka surat untuk menamatkan satu tahun kerjasama dengan pasukan dari negeri Belo Horizonte itu.

“Saya pergi dengan rasa kesal kerana tidak dapat membimbing pasukan dalam stadium yang penuh dengan penonton.”

Jurulatih berusia 60  tahun itu membimbing kelab semasa pandemik COVID-19, dengan perlawanan-perlawanan berlangsung tanpa penonton.

Laporan media mencadangkan bekas jurulatih kebangsaan Argentina dan Chile itu mungkin akan dilantik oleh Marseille untuk menggantikan Andre Villas-Boas, yang  digantung dari tugas selepas komen beliau tentang mendapatkan seorang pemain yang beliau tidak mahu.

Sampaoli membimbing Atletico menang 25 dari 44 perlawanan.

Pasukan itu berada di tangga ketiga liga elit Brazil, enam mata di belakang pendahulu liga, Flamengo dengan baki satu perlawanan sahaja lagi.

Sudah layak ke pusingan pertama Copa Libertadores, mereka akan menentang Palmeiras Khamis ini. — AFP

Advertisement