Anda di sini

Pejabat UPPM Lamag kenal wujudkan Bank data penduduk setiap kampung

Advertisement
 Rohaizan menulis data seorang penduduk Kg Tanjung Bulat sambil diperhatikan oleh Abu Bakar (kanan).
AMBIL DATA: Rohaizan menulis data seorang penduduk Kg Tanjung Bulat sambil diperhatikan oleh Abu Bakar (kanan).

KINABATANGAN: Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Lamag mewujudkan bank data maklumat isi rumah di setiap buah kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Lamag Abu Bakar Gapar berkata, kewujudan bank data setiap kampung dalam DUN Lamag akan membolehkan pihaknya mengenal pasti keperluan dan masalah penduduk di kawasan berkenaan.

"Data atau maklumat penduduk yang dikumpul akan dijadikan rujukan dalam menyalurkan pelbagai bantuan kerajaan ataupun wakil rakyat," katanya.

Beliau berkata, ini akan memudahkan pihaknya mengenal pasti apa juga bantuan yang perlu disalurkan mengikut data yang telah diambil setiap isi rumah.

"Ini adalah satu usaha pihaknya selaras dengan kehendak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah I merangkap Menteri Kerja Raya Sabah Dato' Sri Bung Moktar Radin," katanya.

Abu Bakar berkata, kerja-kerja mengumpul data ini telah dilaksanakan di beberapa buah kampung yang diketuai olehnya sendiri bersama Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) DUN Lamag Rohaizan Ismail dan kakitangan UPPM Lamag. 

"Ini menjadi rutin pihak kami setiap kali turun ke kampung-kampung dalam DUN Lamag," katanya selepas mengadakan lawatan ke Kampung Tanjung Bulat bagi mengambil data setiap buah rumah di kampung itu, kelmarin.

Beliau berkata, data yang telah diambil akan diserahkan kepada Dato' Sri Bung Moktar selaku wakil rakyat kawasan terbabit bagi mencari jalan penyelesaian masalah yang dihadapi.

Dalam pada itu, Abu Bakar berkata, jadual lawatan kali ini adalah di Kampung Tanjung Bulat yang mana penduduk di situ adalah orang tempatan dan mata pencarian dari sumber tanaman dan nelayan.

"Penduduk kampung berkenaan berharap untuk mendapatkan rumah baharu dari program PPRT dan ada rumah yang perlu dibaik pulih," katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan merujuk dan mengemukakan masalah penduduk Kampung Bulat itu kepada Dato' Sri Bung Moktar bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

  • oleh
  • Advertisement