Anda di sini

Madrasah tahfiz bakal didirikan di Kampung Sendil

Advertisement
 Sahran (kanan) bersama AJK dan penduduk kampung melaksanakan gotong-royong bagi memberi laluan kepada pembinaan madrasah tahfiz.
PECAH TANAH: Sahran (kanan) bersama AJK dan penduduk kampung melaksanakan gotong-royong bagi memberi laluan kepada pembinaan madrasah tahfiz.

PUTATAN: Sebuah Madrasah Tahfiz Darul Uluumil Quraniyyah bakal didirikan di Kampung Sendil dekat sini hasil usaha Ahli Lembaga serta Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Darul Uluumil Quraniyyah II.

Tapak madrasah tahfiz yang diwakaf itu mula dibersihkan warga penduduk kampung dan AJK Darul Uluumil Quraniyyah II dalam satu majlis pecah tanah dan gotong-royong yang diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Gotong-royong yang disertai dalam bilangan terhad itu diadakan bagi membersihkan persekitaran tapak madrasah tahfiz sekaligus memudahkan kerja-kerja pembinaannya yang dijangka dimulakan dalam masa terdekat ini.

Pengerusi Darul Uluumil Quraniyyah II Datuk Sahran Untai ketika ditemui selepas gotong-royong merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program yang diadakan itu.

Katanya, walaupun diadakan mengikut SOP dengan bilangan yang dihadkan ianya memberi gambaran baik terhadap pembinaan tahfiz yang dilihat diterima baik masyarakat Islam di Kampung Sendil.

Dengan adanya madrasah tahfiz itu nanti, beliau yakin ianya bukan sahaja akan memberi manfaat dalam pendidikan keagamaan tetapi juga memberi impak positif kepada masyarakat sekitarnya.

Dijangkakan Madrasah Tahfiz Darul Uluumil Quraniyyah II Kampung Sendil itu berupaya menempatkan kira-kira sekitar 30 hingga 40 pelajar tahfiz kelak.

Dalam pada itu, Sahran turut mengalu-alukan orang ramai khususnya umat Islam yang ingin menghulurkan sumbangan bagi membantu pembinaan tahfiz bolehlah menghubungi pihak Darul Uluumil Quraniyyah II untuk lebih lanjut.

  • oleh
  • Advertisement