Anda di sini

Gara-gara cuai, pemandu lori cedera dalam kemalangan

Advertisement
 Keadaan lori yang rosak di bahagian depan akibat melanggar pacuan empat roda dan lori 10 tan dalam kemalangan itu.
ROSAK: Keadaan lori yang rosak di bahagian depan akibat melanggar pacuan empat roda dan lori 10 tan dalam kemalangan itu.

TAWAU: Akibat cuai sehingga gagal mengawal pergerakan lori yang dipandunya, seorang lelaki mengalami kecederaan apabila kenderaannya itu melanggar belakang pacuan empat roda dan lori 10 tan di Batu 9 Jalan Apas, di sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas, kejadian itu berlaku kira-kira jam 4.30 petang semasa ketiga-tiga kenderaan terbabit dalam perjalanan dari arah Bandar Sri Indah menghala ke bandar Tawau.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca akibat kecuaian pemandu lori, 37, yang memandu terlalu rapat dengan kenderaan di hadapannya.

"Lori terbabit melanggar belakang sebuah pacuan empat roda yang berhenti di lorong sebelah kanan kerana terdapat sekatan jalan raya," katanya dalam kenyataan media, di sini.

Mengulas lanjut, katanya, lori terbabit juga cuba mengelak ke sebelah kiri jalan, namun jarak yang terlalu dekat menyebabkan dia turut melanggar belakang sebuah lagi lori 10 tan.

"Impak daripada kemalangan itu, pemandu lori terbabit mengalami kecederaan di lengan sebelah kanan manakala lorinya rosak di bahagian hadapan.

"Pemandu pacuan empat roda dan lori 10 tan terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan, bagaimanapun kenderaan mereka kemek di bahagian belakang," katanya.

Peter berkata, kes berkenaan disiasat dibawah Kaedah 10 LN166/59 kerana gagal mengawal pergerakan kenderaan yang dipandunya.

  • oleh
  • Advertisement