Anda di sini

DUN Tandek perlu lebih banyak premis perniagaan

Advertisement
 Hendrus (tengah) bersama Masiung (dua kiri) ketika meninjau tapak lot cadangan pembinaan premis perniagaan pekan Tandek.
TINJAU: Hendrus (tengah) bersama Masiung (dua kiri) ketika meninjau tapak lot cadangan pembinaan premis perniagaan pekan Tandek.

KOTA MARUDU: Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tandek memerlukan lebih banyak lagi pertambahan bangunan premis perniagaan dalam usaha mempertingkatkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tandek Hendrus Anding memohon agar lebih banyak bangunan dua tingkat dibina bagi meningkatkan taraf ekonomi penduduk DUN Tandek. 

"Pembinaan premis perniagaan perlu dipercepatkan kerana pertambahan kedai baharu di sini akan dapat mempelbagaikan fungsi penawaran keperluan dan perkhidmatan serta menarik lebih pengunjung dan sudah pasti ini akan menjadikan medan pekan Tandek menjadi lebih berdaya saing," katanya dalam satu kenyataan di sini. 

Dalam satu tinjauan ke tapak lot kedai bersama dengan Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan Dan Bandar (LPPB) Datuk Mansiung Banah, Hendrus berkata, tapak lot kedai ini telah ditimbus pada tiga tahun lalu bagi cadangan membina 91 buah kedai dua tingkat di pekan ini. 

"Saya berharap agar pihak LPPB dapat mempercepatkan pembinaan bangunan bagi pekan Tandek.

"Pekan Tandek yang terletak 12 kilometer dari Bandar Kota Marudu  mempunyai kira-kira 33,225 orang penduduk. 

"Setakat ini, hanya terdapat 12 buah premis perniagaan sahaja di pekan Tandek," katanya.

Beliau yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan yakin taraf hidup penduduk DUN Tandek akan dapat dipertingkatkan dengan lebih ramai penduduk menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Katanya, kemudahan penyediaan premis perniagaan ini sudah pasti akan menjadi pemangkin kepada semua penduduk untuk lebih proaktif. 

Turut hadir dalam tinjauan ke tapak cadangan pembinaan lot kedai baharu itu ialah Pengarah Urusan LPPB Rosemery Ahping, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kota Marudu Mumin Amsah, serta tetamu kehormat yang lain.

  • oleh
  • Advertisement