Anda di sini

DUN Sg Manila perlu lebih 1,000 bakul makanan lagi 

Advertisement
 Mokran bersama sebahagian penerima bantuan bakul makanan bagi DUN Sungai Manila.
PENERIMA: Mokran bersama sebahagian penerima bantuan bakul makanan bagi DUN Sungai Manila.

SANDAKAN: Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manila di sini memerlukan lebih 1,000 bakul makanan lagi bagi menampung keperluan rakyat dalam kategori B40.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila Mokran Ingkat berkata, permohonan untuk mendapatkan lebih banyak bakul makanan akan dikemukakan kepada kerajaan negeri agar mereka yang layak tidak tercicir dari menerima bantuan itu.

Serentak itu, beliau juga mengalu-alukan kehadiran mana-mana pihak atau individu yang mahu menyalurkan bantuan kepada penduduk, asalkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Kita telah menyerahkan 1,000 bakul makanan kepada kumpulan B40 yang telah dikenal pasti. Dan, kalau diikutkan, masih ada lebih 1,000 lagi golongan ini yang belum mendaftar.

"Tetapi ini tidak bermakna mereka diketepikan. Saya pasti mereka pernah menerima bantuan seumpama dari UMNO Bahagian Libaran mahupun pihak lain.

"Bantuan bakul makanan diberikan bagi mengurangkan pergerakan mereka untuk keluar mendapatkan makanan keperluan. Ini penting bagi mencegah penularan wabak COVID-19," katanya kepada media selepas Majlis Penyerahan Bantuan Bakul Makanan COVID-19 Kerajaan Negeri Sabah bagi Daerah Sandakan di Dewan PPR Muhibbah di sini.

Hadir sama, Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Wong Foo Tin dan Timbalan Presiden 1 Faridah Giau.

Dalam pada itu, Mokran juga menasihatkan rakyat di Sungai Manila agar tidak ragu-ragu untuk mengikuti program vaksinasi kebangsaan sekaligus menerima suntikan vaksin COVID-19.

"Saya juga sentiasa mengikuti perkembangan vaksin ini. Tidak perlu ragu kerana vaksin ini telahpun diuji sepenuhnya.

"Dan, saya yakin dan percaya tindakan diambil kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini adalah bertepatan pada masanya.

"Sebagai rakyat, inilah tanggungjawab kita untuk sama-sama membendung penularan wabak COVID-19 di negara ini iaitu dengan mengambil vaksin," jelasnya.

  • oleh
  • Advertisement