Anda di sini

60 sertai UMNO pada majlis Jejak Sahabat UMNO P.179 Ranau

Advertisement
 Awang Sharie (kanan) menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Junaidi disaksikan tetamu dan ahli yang lain.
SERTAI UMNO: Awang Sharie (kanan) menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Junaidi disaksikan tetamu dan ahli yang lain.

RANAU: Lebih 60 orang bertindak keluar parti masing-masing untuk menyertai UMNO Barisan Nasional (BN) Bahagian Ranau dalam satu majlis 'Jejak Sahabat UMNO P.179 Ranau' di Dewan Every Lohan Rest House pada Selasa.

Majlis itu yang bertemakan 'Pengukuhan Gelombang Biru BN Misi Kecemerlangan Menuju PRU-15' itu dihadiri Ketua UMNO Bahagian Ranau Junaidi Sahat bersama Naibnya Asmin Nasir, Ketua Wanita UMNO Ranau Mastura Dol Suhaili, Ketua Puteri UMNO Ranau Farehah Wasli dan para Jawatankuasa UMNO Bahagian Ranau.

Kemasukan beramai-ramai menyertai UMNO Ranau itu masing-masing mewakili rakan-rakan dari cawangan mereka diketuai, mantan Pengarah Gerakan pilihanraya PCS Awang Sharie Jumat dari Kg.Kigiok, mantan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) PBS Pusat Mohd. Din Jamirin dari Kg.Lohan masing-masing menyerahkan borang kemasukan mereka menyertai  UMNO kepada Junaidi.

Junaidi dalam ucapannya memuji mereka yang bertindak keluar parti dan menyertai UMNO sebagai tindakan wajar dan pilihan bijak.

"Saya mengharapkan kepada yang menyertai UMNO hari ini supaya  menjadi agen penyampai maklumat kepada rakan-rakan untuk menyertai UMNO parti untuk semua kaum dan agama di Malaysia," katanya.

Beliau juga mahukan semua ahli UMNO supaya memupuk disiplin terbaik tanpa menjadikan kaum, agama dan budaya sebagai perbezaan mematahkan semangat perpaduan dalam kalangan ahli parti.

Terdahulu, Awang Sharie dalam ucapan ringkasnya, berterima kasih kepada Junaidi, kerana tampil menghulurkan sumbangan terhadap keluarganya yang ditimpa musibah kebakaran rumah kediamannya di Kg. Kigiok baru-baru ini.

"Saya mewakili keluarga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada keluarga saya," katanya.

Beliau yang mewakili lebih 10 orang ahli dari PCS Kg.Kigiok menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Junaidi.

Majlis itu berakhir dengan sesi diskusi mendapat penyertaan menggalakkan daripada hadirin.

Salah seorang daripada yang mengambil bahagian ialah Using Udin, UMNO dari Kg.Lingkudau, mencadangkan agar siapa sahaja yang bakal menjadi wakil rakyat atau pemimpin supaya sering mengadakan aktiviti 'Menemui Rakyat' atau sering 'Turun Padang' melihat masalah dan keperluan rakyat akar umbi.

"Bukannya sudah menang dalam pilihan raya, terus hilang dan tidak menemui rakyat dan melihat keperluan rakyatnya," katanya.

Advertisement