Anda di sini

2,139 penduduk Ranau terima BPN

Advertisement
 Salah seorang penerima baucar BPN disampaikan Amisah diperhatikan Syahrin (kanan), Benedict (kiri) dan Yubidi.
BAUCAR BPN: Salah seorang penerima baucar BPN disampaikan Amisah diperhatikan Syahrin (kanan), Benedict (kiri) dan Yubidi.

RANAU: Seramai 2,139 penduduk dari Parlimen Ranau meliputi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang (865 orang), DUN Karanaan (612 orang) dan DUN Paginatan (662 orang) menerima Bantuan Prihatin Nasionl (BPN) yang mana penyampaiannya berjalan lancar bermula semalam di Dewan Masyarakat  Ranau.

Pegawai Daerah Ranau selaku penyelaras penyerahan itu Syahrin Samsir ketika ditemui memberitahu inisiatif itu dapat membantu dan memudahkan pihak bank untuk membantu mengurangkan kesesakan yang berlaku di Bank Simpanan Nasional (BSN) sekaligus membantu memudahkan urusan memproses pengeluaran kepada para penerima yang layak.

"Hari ini kita mulakan dengan penerima dari DUN Kundasang dan 25 Februari untuk penerima dari DUN Karanaan dan 26 Februari untuk penerima dari DUN Paginatan," jelasnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (Dilantik) Datuk Amisah Yassin yang mewakili ADUN Karanaan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun ketika ditemui, mengharapkan kepada para penerima agar memanfaatkan sumbangan BPN itu untuk menampung keperluan harian keluarga masing-masing terutama semasa mendepani pandemik COVID-19 yang kini belum berakhir.

"Saya melihat sendiri kebanyakan yang datang hari ini adalah golongan orang muda, bererti mereka yang sangat terkesan hilang pekerjaan sama ada di kilang, restoran atau kedai.

 Antara penerima BPN dari DUN Kundasang.
PENERIMA: Antara penerima BPN dari DUN Kundasang.

"Maka bantuan seperti ini (BPN) sangat bermakna bagi mereka untuk meneruskan kehidupan dalam keadaan sangat mencabar ini disebabkan wabak COVID-19 yang belum pasti bila akan berakhir," katanya, sambil menambah, perniagaan homestay atau pelancongan juga turut terjejas dan terkesan para pengusahanya hilang punca pendapatan.

Hadir sama dan turut menyampaikan baucar BPN kepada penerima ialah Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau Benedict Gunda mewakili Jonathan Yasin dan Yubidi Gompoyo mewakili ADUN Kundasang Datuk Dr.Joachim Gunsalam.

Advertisement