Anda di sini

Lelaki memiliki dadah diarah bela diri

Advertisement
 

KUCHING: Seorang lelaki bekerja sendiri diarah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan memiliki dadah jenis syabu yang dilakukannya pada April tahun lalu.

Hakim Hakim Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad membuat keputusan itu terhadap Hon Kar Hin, 40, setelah berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 1 dan 2 Mac depan untuk sebutan kes.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memiliki 37.73 gram Syabu pada 28 April 2020, jam 6.30 petang semasa berada di sekatan jalan raya Siniawan, Jalan Bau-Kuching, Bau. 

Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) Akta sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara seumur hidup atau untuk tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan boleh disebat dengan tidak kurang daripada sepuluh sebatan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ruthra Raj manakala tertuduh diwakili peguam, Ng Ah Lek.  

  • oleh
  • Advertisement