Anda di sini

Kumpulan pertama vaksin COVID-19 untuk Sarawak tiba petang esok

Advertisement
 

KUCHING: Kumpulan pertama vaksin COVID-19, Pfizer-BioNTech untuk Sarawak dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) sekitar jam 6.30 petang esok menggunakan pesawat khas.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas diiringi Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian dijangka hadir menyaksikan ketibaan vaksin berkenaan di Warehouse Raya Air Kawasan Cargo LTAK.

Dr Sim pada Ahad, berkata penghantaran vaksin ke Sarawak itu adalah yang pertama bagi membolehkan fasa pertama program imunisasi di negeri ini dilaksanakan bermula 27 Februari 2021.

Beliau juga memberitahu proses penghantaran vaksin berkenaan akan melibatkan tujuh lokasi utama Pusat Simpanan Vaksin iaitu di Kuching, Sibu, Bintulu, Miri, Sri Aman, Sarikei dan Limbang sebelum diedarkan ke 56 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negeri.

Sementara itu, Bernama melaporkan pada Ahad, sebanyak 312,390 dos vaksin COVID-19 selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 10.07 pagi.

Advertisement