Anda di sini

Kerajaan negeri akan perkasakan usahawan wanita

Advertisement
 Joachim (duduk tengah) menerima cendera kenangan daripada Tarsiah ketika menerima kunjungan hormat di Wisma Kewangan.
KENANGAN: Joachim (duduk tengah) menerima cendera kenangan daripada Tarsiah ketika menerima kunjungan hormat di Wisma Kewangan.

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Perindustrian akan memainkan peranan penting dalam membantu memperkasakan wanita dalam bidang keusahawanan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata, usaha itu akan dilakukan melalui pelbagai program dan latihan yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR).

"Kementerian ini akan berusaha untuk mempertingkatkan penglibatan keusahawan dalam kalangan wanita supaya mampu berdikari terutama ketika waktu sukar ketika ini.

"Golongan ini penting untuk dikembangkan bakat dan kebolehan mereka supaya bukan sahaja dapat menjadi pelapis kepada usahawan sedia ada, tetapi juga mampu menjadi pemangkin kepada ekonomi keluarga dan masyarakat," katanya ketika menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Milenial Usahawan Wanita Maju Sabah (MUMS) di sini.

Beliau berkata, mereka yang berminat sama ada individu atau persatuan boleh memohon dengan Kementeriannya.

"Pihak DIDR akan membuat penapisan dan mengenal pasti mereka yang layak di mana penilaian kepada usahawan yang memohon akan dibuat dan bukan semuanya layak terutamanya kepada usahawan yang sudah berjaya. 

"Melalui penglibatan wanita dalam keusahawanan, ia memberi peluang pekerjaan kepada wanita yang tidak mendapat peluang pekerjaan di sektor kerajaan mahupun swasta," katanya.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian  berkata, matlamat kementerian adalah mewujudkan lebih ramai usahawan yang lebih proaktif dan berdaya saing yang dapat menyumbangkan pendapatan negeri Sabah. 

Hadir sama dalam lawatan itu ialah Penaung MUMS Datuk Dr. Tarsiah TZ Hj. Taman serta tetamu kehormat yang lain.

  • oleh
  • Advertisement