Anda di sini

Jurupaip memandu di bawah pengaruh alkohol, 6 motosikal ditahan

Advertisement
 Pihak polis menaikkan motorsikal yang ditahan keatas lori polis untuk tindakan lanjut. Gambar kecil Mohd Azhar Hamin.
TAHAN: Pihak polis menaikkan motorsikal yang ditahan keatas lori polis untuk tindakan lanjut. Gambar kecil Mohd Azhar Hamin.

SANDAKAN: Seorang jurupaip ditahan kerana dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol dalam dua operasi serentak, Operasi Samseng Jalanan dan Operasi Mabuk di sekitar bandar ini.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata pihaknya dari  Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)  Sandakan telah menjalankan dua operasi serentak iaitu Operasi Samseng Jalanan ( M/sikal ) dan Operasi Mabuk.

“Operasi tersebut diketuai oleh Ketua BSPT Daerah Sandakan ASP Freedy Untun bersama dua  pegawai dan sebelas anggota trafik bermula jam 6 petang hingga 11.30 malam,” katanya.

Dalam operasi itu, beliau berkata sebanyak 85 buah kenderaan termasuk motosikal dan 101 individu telah diperiksa.

“Hasil pemeriksaan terbabit, pihak polis telah mengeluarkan sepuluh keping saman,” katanya.

Mohd Azhar berkata sebanyak enam buah motosikal ditahan di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 atas pelbagai kesalahan.

Dalam pada itu, beliau berkata seorang lelaki berusia 56 tahun, pemandu kenderaan yang bekerja sebagai jurupaip turut ditahan kerana disyaki memandu dengan kandungan alkohol melebihi had yang dibenarkan.

“Lelaki itu ditahan dibawah Seksyen 45A (1) APJ 1987 (Akta 333/87) yang memperuntukkan hukuman denda antara RM10,000 hingga RM30,000 dan boleh dipenjarakan sehingga 3 tahun,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement