Anda di sini

Bukan tidur, tapi dah meninggal dunia

Advertisement
 

LIMBANG: Seorang lelaki yang disangka tidur dalam kereta, rupa-rupanya tidak lagi bernyawa di pusat bandar ini tengah hari Selasa (23 Feb).

Lee Sang Fook, 60, disedari tidak lagi bernyawa oleh anak saudaranya yang meletak kereta bersebelahan pada kira-kira pukul 12:30 tengah hari.

Menurut Ketua Balai Polis Limbang Inspektor Benneth Room, sebaik parkir di sebelah kereta bapa saudaranya, didapati Lee tidak sedarkan diri bersandar di kerusi pemandu kereta itu dengan keadaan cermin tingkap sedikit  terbuka.

“Anak saudara mangsa kemudian memaklumkan kepada peniaga di bangunan kedai berhampiran yang kemudiannya memaklumkan polis,” katanya.

Benneth berkata sehari sebelum kejadian itu mangsa pernah dikejarkan menggunakan ambulans ke Bilik Kecemasan Hospital Limbang kerana lemah akibat kurang gula.

“Mangsa juga mempunyai rekod kesihatan berkaitan masalah kencing manis, jantung dan darah tinggi,” katanya.

Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

  • oleh
  • Advertisement