Anda di sini

Ajal di atas pokok

Advertisement
 

BINTULU: Seorang pekerja Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) yang bertugas di Seksyen Landskap meninggal dunia ketika memotong dahan pokok, hari ini (23 Feb).

Wan Sadina Wan Maulana, 50, ketika kejadian ditugaskan memotong dahan pokok berhampiran Perpustakaan BDA.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu Christus Buson ketika dihubungi mengesahkan, seramai sembilan anggota bomba dan penyelamat ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 1:00 tengah hari. 

"Pasukan bomba cuba memanggil mangsa, namun tiada tindak balas, seterusnya menurunkan si mati menggunakan tangga. Pasukan bomba mengambil masa kira-kira setengah jam bagi menurunkan mayat dari atas pokok," ujarya. 

Dia disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik di lokasi kejadian.

Mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk dihantar ke Rumah Mayat Hospital Bintulu bagi tujuan bedah siasat.

  • oleh
  • Advertisement