Anda di sini

60 polis di Balai Polis Sibu Jaya jalani ujian saringan COVID-19

Advertisement
Seorang anggota polis dari Balai Polis Sibu Jaya menjalani ujian calitan.
Seorang anggota polis dari Balai Polis Sibu Jaya menjalani ujian calitan.

SIBU: Seramai 60 anggota termasuk pegawai dari Balai Polis Sibu Jaya menjalani ujian saringan COVID-19 di Klinik Kesihatan Sibu Jaya, hari ini.

Ketua Polis Daerah ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, ujian calitan itu dilakukan di pekarangan klinik pada sesi pagi dan petang.

"Ujian (saringan) yang diadakan di pekarangan klinik dijalankan dengan lancar," katanya hari ini.

Sementara itu, 96 anggota polis Balai Polis Sungai Merah turut menjalani ujian swab pada 22 Februari di pekarangan Balai Polis Sungai Merah setelah dua anggota polis trafik diuji positif COVID-19.

Berikutan kejadian itu, Stanley telah mengarahkan semua anggota di Balai Polis Sibu Jaya, Balai Polis Lanang dan Balai Polis Central untuk menjalani ujian swab.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Fisol Salleh hadir memantau sekatan jalan raya yang dilaksanakan di flat Sibu Jaya dan perumahan Townvilla yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan yang Diperketatkan (PKPD) pada 12 Februari.

PKPD di kawasan tersebut dilanjutkan sehingga 4 Mac bagi membolehkan pihak berkuasa melakukan ujian swab pusingan kedua kepada penduduk.

Sehingga semalam, sebanyak 387 kes dikesan di flat sementara Townvilla telah merekodkan 50 kes.

 Terdapat 20 blok flat di Sibu Jaya dan setiap blok mempunyai 80 unit kediaman.
 

  • oleh
  • Advertisement