Anda di sini

Dokumentari ‘Mysteries Of The Mekong’ jelajah lima negara Asia di TV1

Advertisement

BIARKAN perairan Mekong yang hebat membawa anda dalam perjalanan yang luar biasa. Pernah dengar Sungai Mekong? Sungai Mekong yang merupakan salah satu sungai yang mendapat jolokan sebagai sungai terpanjang di kawasan Asia Tenggara.

Ketahui dengan lebih dekat lagi misteri mengenai pengaliran sebuah sungai terbesar di Asia yang mengalir melalui lima buah negara dan menceritakan tentang kesan dan impak kepada flora dan fauna setempat ini dalam dokumentari ‘Mysteries Of The Mekong’, setiap Rabu dan Khamis, jam 12.05 tengah hari di TV1.

Bersiaran 10 episod, penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) dikongsikan dengan impak sebuah sungai kepada alam semula jadi sepanjang pengalirannya apabila perjalanan di Sungai Mekong membawa kita melalui China, Laos, Vietnam, Kemboja, dan Thailand, melalui serangkaian peman-dangan yang pelbagai.

Ikuti perkongsian tajuk menarik seperti berikut:

‘China The Journey Begins’

Episod ini menunjukkan punca sungai Mekong di Tibet, China. Bermula di pergunungan Himalaya sehingga sampai di Yunnan, Negeri China. Di Yunnan sungai Mekong mula masuk Teluk Vietnam. Kawasan pergunungan sungai ini dikelilingi oleh pokok-pokok konifer dan pain. Tanah tinggi di sini menjadi habitat monyet ‘Snub-Nosed Monkey’, burung Jenjang dan angsa. Sungai ini mengalir ke selatan Negeri China dimana iklim bertukar ke sub-tropika yang sesuai untuk pembiakan gajah dan beruang panda berwarna merah.

‘Laos, The Mountain Wilds’

Sungai Mekong mengalir melalui Laos. Kawasan sungai Mekong ini dipenuhi dengan pelbagai jenis flora dan fauna. Ada yang menghampiri kepupusan seperti Ungka, sejenis monyet yang berjalur warna hitam di kepala, habitat pelbagai jenis burung termasuklah Merak. Terdapat banyak jenis buah-buahan yang menjadi makanan kepada haiwan-haiwan itu. Sungai ini menjadi nadi kehidupan penduduk yang tinggal di sepanjang tebingnya.

‘Thailand, Coming Of Age’

Sungai Mekong yang mengalir di sempadan Thailand. Sungai Mekong meninggalkan impak yang besar di Thailand kerana ia menjadi sumber kehidupan kepada orang yang bergantung kepada sungai ini. Di utara Thailand sungai ini mengalir melalui gunung-ganang yang tinggi. Kawasan ini menjadi habitat kepada pelbagai jenis haiwan seperti gajah, burung dan ‘Dusky Leaf Monkey’, sejenis monyet yang dikatakan mirip manusia.

‘Laos, The Karst Caves’

Sungai Mekong yang mengalir di Laos. Kawasan itu di penuhi dengan gua-gua batu kapur. Terdapat pelbagai spesis haiwan yang unik dan berbahaya seperti kala jengking, katak, lipan, kelawar dan beribu-ribu jenis serangga yang telah beradaptasi dengan habitat gua. Di sempadan Laos dan Vietnam terdapat sejenis monyet yang dipanggil ‘Red Shanked Douc’ yang semakin menjadi pupus. Daun menjadi makanan monyet ini.

‘Thailand: Nature’ Crossroads’

Dari Laos Sungai Mekong mula mengalir ke Thailand. Sungai ini mempengaruhi kehidupan gajah di kawasan pedalaman. Pelbagai jenis monyet berkongsi sungai ini dengan haiwan lain. ‘Flying Fox’ atau kelewar bersayap lebih daripada satu meter panjang antara yang unik di Thailand malah diseluruh dunia kerana ia juga aktif pada siang hari.

‘Thailand: The River Basin’

Dari Laos, Sungai Mekong, mula mengalir ke Thailand dari tanah tinggi di utara, ke arah timur negara itu. Lembangan subur itu menanggung pertanian dan hasil semula jadi. Penanaman padi menjadi aktiviti utama di kawasan dataran itu. Ia juga menjadi habitat pelbagai spesis ikan, burung dan monyet. Burung ‘Weaver’ membuat sarang yang tergantung di atas pokok yang tinggi supaya selamat dari haiwan pemangsa.

‘Cambodia: The Hidden Refuges’

Sungai Mekong mengalir di Kemboja dan sungai itu bercabang menjadi sungai-sungai kecil, jeram dan air terjun sebelum menuju ke Laut China Selatan. ‘Gibbons’ atau ungka di kawasan ini berbeza sedikit daripada yang terdapat di kawasan utara. Terdapat banyak jenis rama-rama yang berterbangan di kawasan ‘Delta’ ini. Burung ‘Ibis’ merupakan burung yang terbesar yang turut membiak di kawasan muara sungai.

‘Cambodia: Seasonal Cycles’

Di timur laut Kemboja, Sungai Mekong mengalir di kawasan yang mendatar dan menjadi tempat berlindung kepada pelbagai jenis burung dan haiwan. Burung Hering yang menjadi sebahagian eko-sistem disini. Tiada hujan sepanjang bulan April. Banyak haiwan mencari sumber air untuk minuman dan kebersihan diri. Tasik Tonle Sap mendapat air daripada sungai ini. Tonle Sap merupakan sumber pendapatan yang besar kepada beribu-ratus penduduk Kemboja yang menetap disepanjang tebing tasik ini. Mereka menjadi nelayan dan petani.

‘Vietnam: Life In The Delta’

Sungai Mekong mengalir bersambung dengan Laut China Selatan di Vietnam. Sebahagian besar kawasan ini merupakan tanah payah dan hutan bakau. Habitat ini sesuai untuk monyet ekor panjang. Belacak dan ketam kecil merayau di merata tempat selepas air laut surut. Pelbagai jenis burung seperti burung bangau bakau, burung bangau paya dan burung enggang, ‘Hornbill’ juga membiak dengan banyaknya.

‘Vietnam: The Journey’s End’

Perjalanan akhir adalah melalui bukit-bukit batu kapur dengan pemandangan alam sekitar yang cantik.Sebahagian besar kawasan lanar ini pula merupakan tanah paya dan hutan bakau yang subur di darat dan sungai ini juga membekalkan nutrisi kepada organisma mikro di laut. Di kawasan bukit-bukau batu kapur terdapat monyet yang dipanggil, ‘Silver Langur Monkey’. Iklim dan tanah di kawasan lanar sesuai untuk penanaman padi dan pokok kelapa.

Advertisement