Anda di sini

Harapan Tuchel untuk Pulisic terus kekal di Chelsea

Advertisement
TUCHEL
TUCHEL

LONDON: Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel, berkata beliau mahu Christian Pulisic untuk terus kekal di Chelsea namun mengakui ‘tiada keputusan’ mengenai perancangan pada musim panas di kelab setakat ini.

Pemain antarabangsa Amerika Syarikat (AS) itu hanya beraksi sekali pada perlawanan pusingan kelima Piala FA Inggeris menentang Barnsley pada 11 Februari sejak Tuchel tiba di Stamford Bridge – atau sepanjang enam perlawanan terakhir.

Pulisic juga diragui diturunkan menentang Southampton (Sabtu) dan walaupun pemain berusia 22 tahun itu juga tidak beraksi ketika Chelsea menang di Sheffield United sebelum ini kerana  isu peribadi, kekurangan masa bermain membangkitkan spekulasi bahawa beliau mungkin akan meninggalkan kelab pada musim panas ini.

Bagaimanapun, apabila ditanya pada sidang media sebelum perlawanan pada Jumaat tentang sama ada Pulisic masih mempunyai masa depan di Chelsea, Tuchel menjawab: “Ya, hari ini, sangat jelas tetapi ia bukan hanya dari pandangan saya. Kami harus melihat lagi. Bagi saya, ia jelas kerana Chelsea membeli Christian dengan satu sebab, kerana kualiti, kerana potensi dan ia tugas kami untuk mengeluarkan yang terbaik dari beliau.

“Beliau membuktikannya dalam beberapa minggu bahawa beliau mempunyai tahap untuk menjadi pemain kerap Chelsea, untuk mempunyai impak besar di kelab ini. Ia satu cabaran sekarang untuk mengekalkan tahap ini dan untuk terus meningkat.”

Pulisic, yang mempunyai kontrak sehingga 2024, bergelut dengan kecederaan sejak tiba di Chelsea pada  musim panas 2019, terutama sekali kecederaan yang dialami di final Piala FA Inggeris ketika Chelsea tewas kepada Arsenal.

Bekas jurulatih Chelsea, Frank Lampard, mendedahkan bahawa kelab mencari program latihan khusus berikutan dengan kebimbangan bahawa Pulisic bergelut dengan latihan berat dalam skuad senior.

Walaupun Tuchel tidak berkongsi pandangan yang sama, beliau berkata Pulisic tidak dijangka akan didedahkan dengan risiko yang sama untuk menangani tahap kecergasannya.

“Kami tidak risau tetapi pihak perubatan kelab menguruskannya,” tambah beliau. “Sekarang beliau mempunyai sedikit masalah dengan kecederaan betis. Beliau berhenti berlatih semalam kerana ia menjadi kecederaan.

“Tapi saya tidak berkata satu kecederaan; ketika ini ia adalah pengurusan risiko untuk tidak menjadi satu kecederaan. Ia bergantung kepada sejarah kecederaannya, jadi kami tidak mahu memasuki situasi yang sama seperti sebelum ini.” — AFP

Advertisement