Anda di sini

AS gesa junta Myanmar lepaskan kuasa

Advertisement
 Guru yang menyertai tunjuk perasaan memegang plakad merayu pembebasan Aung San Suu Kyi ketika demonstrasi terhadap junta tentera di Yangon kelmarin.  — Gambar AFP
PROTES: Guru yang menyertai tunjuk perasaan memegang plakad merayu pembebasan Aung San Suu Kyi ketika demonstrasi terhadap junta tentera di Yangon kelmarin. — Gambar AFP

YANGON: Washington telah menggesa para pemimpin bagi rejim tentera baharu di Myanmar agar menjauhi keganasan dan melepaskan kuasa, selepas kematian seorang penunjuk perasaan muda antirampasan kuasa mencetuskan kemarahan baharu terhadap pihak junta.

Sebahagian besar dari negara telah berada dalam ketegangan sejak pasukan tentera menahan pemimpin awam Aung San Suu Kyi pada 1 Februari, dengan beberapa tunjuk perasaan jalanan secara besar-besaran di pusat bandar besar dan kampung-kampung terpencil.

 Pasukan keselamatan telah memberikan respons dengan menambahkan kuasa, mengerahkan anggota tentera berdepan dengan rali-rali secara aman dan melepaskan tembakan gas pemedih mata, meriam air dan peluru getah.

 Kecaman terhadap keganasan semakin tegang, dan Setiausaha Negara AS Antony Blinken telah mengadakan rundingan dengan negara-negara bersekutu pada beberapa hari lepas bagi mendesak untuk satu respons antarabangsa yang tegas.

“Kami telah menyampaikan permintaan kami kepada pihak tentera Burma akan mengelak dari keganasan terhadap penunjuk perasaan secara aman,” jurucakap Ned Price memberitahu wartawan kelmarin.

“Kami akan bekerjasama dengan rakan kongsi dan sekutu lain bagi mendesak pihak tentera Burma agar menarik balik tindakannya.”

Seorang doktor di Naypyidaw sebelum ini mengumumkan kematian pertama yang disahkan dalam protes.

Mya Thwate Thwate Khaing, yang baharu berusia 20 tahun pada Khamis lepas ketika dia terbaring tidak sedarkan diri di atas katil hospital, telah ditembak di kepala semasa satu tunjuk perasaan di ibu negara pada minggu lepas.

Dia kemundian menjadi satu simbol bagi tentangan untuk penunjuk perasaan, yang telah menunjukkan gambar beliau semasa tunjuk perasaan dan malah membawa satu kain rentang besar dengan kerja seni dari sebatang jambatan menunjukkan saat ketika dia ditembak.

“Kami akan menganggap kamu sebagai pejuang syahid kami,” menurut satu penghormatan media sosial terhadap pekerja muda kedai runcit tersebut. “Kami akan membawa keadilan bagi kematian anda.”

Sebuah tanda kenangan kemudian muncul di jalan raya Yangon, dengan penduduk di ibu negara komersil meletakkan bunga dan pesanan buat mangsa.

Kakak beliau Poh Poh memberitahu wartawan kelmarin: “Tolong semua sertai pergerakan bantahan ini agar ia lebih berjaya. Itu sahaja yang saya ingin katakan.”

Hampir 550 orang telah ditangkap sejak rampasan kuasa, menurut Assistance Association for Political Prisoners.

Di antara mereka yang ditangkap adalah para pekerja landasan kereta api, pekerja sivil dan kakitangan bank yang telah meninggalkan tugas mereka sebagai sebahagian dari satu kempen bantahan umum bertujuan untuk melumpuhkan kemampuan pihak tentera untuk mentadbir.

Negara itu mengalami perintah berkurung Internet semalaman selama enam hari berturut-turut semalam, satu langkah yang dilaksanakan ketika kawasan kediaman di seluruh negara mula membentuk kumpulan pengawal bagi mengawal dari penahanan pada waktu petang.

Badan pemerhati Internet Netblocks melaporkan bahawa Wikipedia telah disekat di negara ini, menyertai satu senarai bagi kandungan yang diharamkan yang termasuk Facebook dan perkhidmatan media sosial lain.

Sebuah kumpulan kecil penunjuk perasaan telah dileraikan secara paksaan oleh pihak polis dan tentera yang bersenjatakan belantan dan di bandar utara Myitkyina kelmarin, menurut kepada video yang dihantar dalam talian dan saksi.

Seorang guru di tempat kejadian menyatakan beliau melihat beberapa orang ditangkap dalam pergaduhan, termasuk dua rakan setugasnya.

“Mereka menangkap pihak yang cuba mengambil gambar dan video,” beliau memberitahu AFP.

Rejim tentera setakat ini telah menerima banyak kecaman dari pihak antarabangsa.

AS, Britain dan Kanada telah mengumumkan sekatan yang menyasarkan beberapa jeneral kanan di negara tersebut.

Pihak junta telah membenarkan rampasan kuasanya dengan menyatakan penipuan pengundian yang meluas ketika pilihan raya November lepas, di mana parti Suu Kyi telah menang tipis.

Penerima Nobel yang tidak pernah dilihat sejak beliau ditahan dalam serbuan awal pagi telah menerima dua dakwaan, satu daripadanya kerana memiliki walkie-talkie yang tidak berdaftar.

Perbicaraan beliau dijangkakan pada 1 Mac ini. — AFP

Advertisement