Anda di sini

PPDK Limbang sasar lahirkan ramai atlet para dalam sukan memanah

Advertisement
 Michael (dua kiri) menunjukkan cara memanah kepada atlet-atlet para PPDK Limbang, kelihatan Peter (tiga kiri) dan Lorah (empat kiri) semalam.
ATLET MEMANAH: Michael (dua kiri) menunjukkan cara memanah kepada atlet-atlet para PPDK Limbang, kelihatan Peter (tiga kiri) dan Lorah (empat kiri) semalam.

LIMBANG: Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Limbang menyasarkan melahirkan lebih ramai atlet para dalam sukan memanah diketengahkan di peringkat negeri.

Pengerusinya, Peter Mambjoll Uchang berkata PPDK Limbang menjadi PDK pertama di Sarawak menceburi sukan memanah tahun ini.

Beliau berkata, pihaknya ingin mencipta kelainan dan perubahan dengan menumpukan perhatian kepada sukan baharu itu selepas 20 tahun terlibat dalam sukan larian.

“Tahun ini kita melatih tujuh atlet para PPDK Limbang untuk menceburi sukan memanah selepas 20 tahun terlibat dalam sukan larian sehingga mengharumkan nama dalam pelbagai kejohanan peringkat negeri,” katanya ditemui pada pelantikan jurulatih dan atlet memanah PPDK Limbang semalam.

Mengiringi beliau ialah jurulatih sukan memanah Limbang, Michael Jerigen Kadap dan Penyelia PDK Limbang, Lorah Balang.

Peter berkata, seramai tujuh atlet para berusia 16 hingga 38 tahun terdiri tiga wanita dan empat lelaki terlibat dalam sukan memanah tahun ini.

“Sesi latihan bermula Mac ini dan kita mengatur jadual latihan dan PPDK Limbang menjadi venue untuk latihan itu nanti,” katanya.

Jelasnya, walaupun fokus kepada sukan memanah sebahagian pelatihnya turut terlibat dalam sukan larian.

Michael memberitahu tujuh atlet terpilih didedahkan dengan kemahiran asas sukan memanah sebelum diteruskan latihan intensif lain.

Beliau berasal dari Kuching mempunyai pengalaman luas dalam sukan memanah sejak terlibat sukan itu di Trusan, Lawas pada 1993 hingga 1997 melalui Setiausaha Persatuan Memanah Sarawak ketika itu.

Michael berjaya melahirkan lima atlet sehingga ke SUKMA dan pernah menjadi hakim antarabangsa World Para di Beijing 2017, Asia Cup di Shanghai 2018 dan Filipina pada 2019 selain menjadi ketua hakim sukan memanah para SUKMA pada 2016.

Advertisement