Anda di sini

F1: Reka letak Litar Albert Park akan diubah

Advertisement
 Peminat menyaksikan perlumbaan Formula 1 GP Brazil di Litar Sao Paulo, Brazil. — Gambar AFP
GAMBAR HIASAN: Peminat menyaksikan perlumbaan Formula 1 GP Brazil di Litar Sao Paulo, Brazil. — Gambar AFP

MELBOURNE: Reka letak litar Formula Satu (F1) Albert Park di sini akan diubah menjelang Grand Prix Australia pada 21 November depan.

Perlumbaan yang pada tradisinya merupakan pembuka musim setiap tahun itu, ditangguhkan ke akhir tahun kerana pandemik Covid-19. Perubahan tarikh itu juga membolehkan kerja-kerja ubah suai litar dilakukan.

Perubahan pada reka letak litar adalah bertujuan untuk menangani kritikan baru-baru ini mengenai litar itu.

Ketika litar ini tetap popular, pemandu kerap menyuarakan kekecewaan dengan kekurangan ruang untuk memotong dalam litar.

Kerja-kerja ubah suai litar akan bermula Isnin ini dan dijangka siap menjelang bulan Julai.

Fasa pertama difahamkan sudah siap, dengan lorong pit dibesarkan kepada dua meter dan dinding pit dialihkan ke hujung jalan.

Fasa kedua, perubahan di beberapa tempat di litar, masih belum siap.

Perubahan terbesar ialah di selekoh 9/10, yang dijangka akan diubah kepada zon perlahan kepada zon pantas. — AFP

Advertisement