Anda di sini

Everton akan tuntut yuran perpindahan untuk Kean

Advertisement
KEAN
KEAN

LONDON: Everton dilaporkan akan menuntut yuran perpindahan sejumlah 70 juta pound untuk Moise Kean pada musim panas ini selepas tempoh pinjaman memberangsangkan penyerang itu di Paris Saint Germain (PSG).

Kean menyertai Everton dengan yuran perpindahan 27.5 juta pound pada 2019 tetapi hanya menjaringkan dua gol pada musim pertamanya. Bagaimanapun, penyerang berusia 20 tahun itu menemui semula prestasinya sejak berpindah ke PSG dengan menjaringkan 14 gol dalam semua pertandingan.

Menurut pakar perpindahan, Fabrizio Romano, Everton pastinya mahu yuran sekitar 70 juta  pound untuk pemain dari Itali, yang mempunyai baki kontrak tiga tahun di Goodison Park.

Kean sering diturunkan dalam skuad PSG walaupun kelab gergasi bola sepak Perancis itu memiliki beberapa pilihan di jentera serangan seperti Kylian Mbappe, Neymar dan Mauro Icardi.

PSG mungkin bukan satu-satu kelab yang berminat mendapatkan Kean pada akhir musim ini dengan penyerang itu mengakui beliau masih menyimpan ‘hati’ kepada bekas kelabnya, Juventus.

Everton berada di tangga ketujuh liga tetapi boleh berkongsi mata dengan Liverpool jika menang pada pertemuan di Anfield hari ini. — AFP

Advertisement