Anda di sini

COVID-19: Kes gaduh kerana perempuan, cetus Kluster Green

Advertisement
 

KUCHING: Dua suspek kes pergaduhan di Jalan Green di sini pada Ahad (14 Feb) menjadi indeks kes bagi Kluster Jalan Green - satu antara dua kluster COVID-19 baharu yang diisytiharkan di Sarawak hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata kes ke-7,093 dan ke-7,094 dikesan melalui saringan orang kena tahan (OKT) oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Hasil pengesanan dan saringan ke atas kontak-kontak kepada kedua-dua kes indeks ini, tambahan empat kes telah dikesan," katanya pada sidang media harian mengenai COVID-19, hari ini.

Menjelaskan lanjut, beliau berkata sehingga 12:00 tengah hari, 19 Feb, sebanyak 148 orang telah disaring.

Enam individu dikesan positif COVID-19 termasuk indeks kes, manakala 30 didapati negatif, dan 112 orang masih menunggu keputusan. 

Semua yang positif telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut. Tiada kematian melibatkan kluster ini, setakat ini.

Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, satu lagi kluster baharu turut dikesan yang dikenali sebagai Kluster Kejatau.

Ia adalah satu kluster di tempat kerja yang melibatkan sebuah pejabat kerajaan di Wisma Persekutuan Fasa 2, Jalan Kejatau, di Daerah Sri Aman.

Indeks kes kepada kluster ini adalah kes ke-7,437 iaitu seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 27 tahun yang dikesan melalui saringan individu bergejala di Klinik Kesihatan Sri Aman.

Menurutnya, hasil pengesanan dan saringan ke atas kontak-kontak kepada kes indeks ini, tambahan enam orang dikesan positif yang merangkumi lima orang dalam kalangan rakan sekerja dan satu dalam kalangan ahli keluarga. 

Sehingga pukul 12:00 tengah hari ini, 92 individu telah disaring. Tujuh dikesan positif termasuk indeks kes, manakala enam negatif, dan 79 masih menunggu keputusan.

Mereka telah dimasukkan ke pusat kuarantin risiko rendah (PKRC) Sri Aman bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut. Tiada kematian melibatkan kluster ini.

Dengan pertambahan dua kluster baharu, Sarawak kini mempunyai 24 kluster aktif.

  • Kluster Jan Yong, Kapit
  • Kluster Geronggang, Sibu
  • Kluster Mas Merah, Sibu
  • Kluster Univista, Samarahan
  • Kluster Kampung Sungai Maong, Kuching
  • Kluster Gelong, Kapit
  • Kluster Kidurong Dua, Bintulu
  • Kluster Nanga Lijan, Julau
  • Kluster Seruas, Beluru
  • Kluster Sebangkoi, Sri Aman
  • Kluster Jun Heng, Bintulu
  • Kluster Bintang Daily, Meradong
  • Kluster Jalan Pengiran, Matu
  • Kluster Tabong, Bau
  • Kluster Indah Riang, Kuching
  • Kluster Bedayan, Serian
  • Kluster Rakut, Miri
  • Kluster Bukit Sekubong, Sebauh
  • Kluster Jelita, Miri
  • Kluster Pasai, Sibu
  • Kluster Bah Sayap, Miri 
  • Kluster Stutong, Kuching
  • Kluster Jalan Green
  • Kluster Kejatau

Berita berkaitan

https://www.utusanborneo.com.my/2021/02/15/gaduh-kerana-seorang-wanita-s...

https://www.utusanborneo.com.my/2021/02/17/dua-suspek-kes-gaduh-positif-...

https://www.utusanborneo.com.my/2021/02/17/109-polis-menjalani-ujian-cal...

Advertisement