Anda di sini

PBB gesa tentera asing, upahan berundur dari Libya

Advertisement
 Pengerusi Majlis Presiden Kerajaan Perjanjian Nasional Libya (GNA), Fayez al-Sarraj, kelmarin menghadiri upacara menyalakan obor di Tripoli pada petang ulang tahun ke-10 revolusi yang menggulingkan Gadhafi. — Gambar AFP
ULANG TAHUN KE-10 REVOLUSI: Pengerusi Majlis Presiden Kerajaan Perjanjian Nasional Libya (GNA), Fayez al-Sarraj, kelmarin menghadiri upacara menyalakan obor di Tripoli pada petang ulang tahun ke-10 revolusi yang menggulingkan Gadhafi. — Gambar AFP

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB): Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, menggesa semua tentera asing dan tentera upahan agar meninggalkan Libya semasa satu mesyuarat dengan pemimpin lantikan baharu negara itu kelmarin, menurut jurucakapnya.

Guterres bercakap secara berasingan dengan Presiden dilantik untuk Presiden Majlis Presiden, Mohammad Younes Menfi, dan Perdana Menteri dilantik untuk Negara Libya, Abdul Hamid Mohammed Dbeibah,” kata jurucakap PBB, Stephane Dujarric.

“Dalam permintaannya, Antonio Guterres mene-gaskan sokongan PBB kepada pilihan raya Libya, memantau gencatan senjata dan keperluan pengunduran tentera asing,” katanya.

Pada bulan Disember, terdapat sekitar 20,000 tentera asing dan tentera upahan dikerahkan ke Libya, menurut PBB.

Ditanya jika badan dunia itu menyedari sebarang permulaan pengunduran tentera asing, Dujarric berkata, PBB tidak menyedari sebarang pengunduran.

“Saya tidak mendengar sebarang berita tentang tentera asing berundur. Kami mahu ia berlaku, sememangnya secepat mungkin,” katanya.

Guterres mengucapkan tahniah kepada Menfi dan Dbeibah di atas pelantikan mereka dan menegaskan kepentingan untuk memasti-kan pihak berkuasa eksekutif bekerja ke arah mengadakan pilihan raya kebangsaan pada 24 Disember.

Dujarric berkata, semua tiga pihak bersetuju tentang keperluan tentera asing me-ninggalkan negara itu sebagai sebahagian daripada perjanji-an gencatan senjata.

Libya terperangkap dalam perang saudara sejak kejatuhan kerajaan Muammar Gadhafi pada 2011.

Negara itu sudah bertahun-tahun terpisah antara Kerajaan Perjanjian Kebangsaan (GNA) di Tripoli dan pentadbiran berpusat di barat yang diketuai oleh pemimpin berpengaruh Khalifa Haftar.

Delegasi eksekutif sementara dipilih pada 5 Februari oleh Forum Dialog Politik Libya di Switzerland, terdiri 75 peserta yang dipilih oleh PBB untuk mewakili sejumlah besar komuniti dan etnik di Libya. — AFP

Advertisement