Anda di sini

Dikurung, gagal jelaskan hutang

Advertisement
Gambar hiasan.
Gambar hiasan.

SIBU: Sebelas individu termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki mencedera dan mengurung seorang lelaki dipercayai berhutang lebih RM19,000.

Timbalan Ketua Polis Sibu Superitenden Collin Babat berkata kes tersebut berlaku pada Selasa (16 Feb) ketika seorang suri rumah berusia 29 tahun menerima satu panggilan daripada seorang suspek, yang memberitahu mereka telah menahan adik ipar (adik lelaki suami pengadu) kerana gagal melangsaikan hutang RM19,000.

"Suspek juga telah menghantar lima klip video menunjukkan mangsa yang berumur 24 tahun, dipukul sehingga dia mengalami kecederaan di kepalanya," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Polis berjaya mengesan lokasi mangsa dan kemudian menyelamatkannya pada hari sama.

Susulan itu, katanya 10 orang lelaki berusia antara 16 hingga 25 tahun dan seorang wanita berusia 26 tahun kemudian ditangkap dan kesemua mereka didapati positif dadah.

Polis juga merampas 11 telefon bimbit daripada semua suspek.

Tambahnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 386 Kanun Keseksaan kerana memeras ugut dengan menakutkan mangsa dan Seksyen 342 kanun yang sama kerana mengurung mangsa secara salah.
 

  • oleh
  • Advertisement