Anda di sini

Roket sasar kem tentera AS di Arbil, Iraq

Advertisement
 Serpihan kaca dilihat di atas lantai sebuah kedai susulan serangan roket di Arbil kelmarin. — Gambar AFP
AKIBAT SERANGAN ROKET: Serpihan kaca dilihat di atas lantai sebuah kedai susulan serangan roket di Arbil kelmarin. — Gambar AFP

ARBIL: Beberapa roket yang menyasarkan pangkalan tentera udara di rantau Kurdistan di Iraq lewat kelmarin telah membunuh seorang kontraktor asing dan mencederakan lima yang lain dan seorang anggota tentera Amerika Syarikat (AS), menurut pakatan diketuai AS.

Serangan itu adalah yang pertama di kemudahan diplomatik atau tentera Barat di Iraq dalam hampir dua bulan selepas beberapa serangan seperti itu.

Di bawah bekas presiden AS, Donald Trump, Washington berikrar bahawa pembunuhan seorang warga AS dalam serangan roket seperti itu akan menyebabkan serangan pengeboman besar-besaran di Iraq.

Sekitar jam 9.30 malam (waktu tempatan) , seorang wartawan AFP mendengar bunyi letupan kuat di barat laut di luar Arbil, ibu negeri rantau autonomi Kurdistan di Iraq.

Sumber keselamatan Iraq dan Barat memberitahu AFP bahawa sekurang-kurangnya tiga roket disasarkan ke lapangan terbang bandar raya, di mana tentera asing berpangkalan sebagai sebahagian daripada pakatan antarabangsa yang menentang kumpulan Daesh (IS) .

Jurucakap pakatan, Kolonel Wayne Marotto mengesahkan kepada AFP bahawa kontraktor yang mati bukan warga Iraq tetapi tidak dapat mengulas lanjut kerakyatan mangsa.

Dua lagi roket mengenai kawasan kejiranan di luar Arbil.

Delovan Jalal, ketua pengarah kesihatan Arbil berkata, sekurang-kurangnya lima orang awam cedera dan seorang parah.

Dalam satu kenyataan, kementerian dalam negeri wilayah Kurdistan mengesahkan beberapa roket me-ngenai bandar raya itu dan berkata, agensi keselamatan telah melancarkan siasatan terperinci, dan menggesa orang ramai untuk tidak keluar dari rumah sehingga notis lanjut.

Berikutan dengan serangan itu, pasukan keselamatan dikerahkan di sekitar lapa-ngan terbang dan helikopter boleh kedengaran terbang di luar bandar raya.

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab setakat berita ini dikeluarkan walaupun beberapa rangkaian propaganda pro-Iran adalah yang pertama melaporkan serangan itu.

Tentera Barat dan kawasan diplomatik sudah menjadi sasaran oleh puluhan sera-ngan roket dan bom tepi jalan sejak lewat 2019.

Majoriti serangan berlaku di ibu negara Baghdad, walaupun tentera Iran melepaskan peluru berpandu ke lapangan terbang Arbil pada Januari 2020, beberapa hari selepas Washington membunuh Jeneral Qasem Soleimani di lapangan terbang Baghdad.

Sejak itu, puluhan serangan roket disasarkan ke kedutaan AS di Baghdad, dengan pegawai AS dan Iraq menyalahkan serpihan pro-Iran termasuk Kataeb Hizbollah dan Asaib Ahl al-Haq sebagai dalang serangan.

Kumpulan ini membantah pakatan diketuai AS, yang berpangkalan di Iraq sejak 2014 untuk membantu pasukan tentera tempatan menentang kumpulan IS.

Sejak Iraq mengisytiharkan kemenangan ke atas IS pada lewat 2017, pasukan pakatan berkurangan kepada kurang 3,500 tentera secara kese-luruhannya dengan 2,500 adalah tentera AS.

Kebanyakan anggota ten-tera tersebut ditempatkan di kompleks tentera di lapangan terbang Arbil.

Tetapi walaupun ketika pakatan mengurangkan lebih  banyak kehadiran tentera mereka, serangan roket terus berlaku,  menyebabkan Washington semakin kecewa.

Pada bulan Oktober, AS mengancam untuk menutup kedutaannya di Baghdad melainkan serangan dihenti-kan.

Kerajaan Iraq kemudian membantu mencapai perdamaian dengan kumpulan fanatik dan serangan roket hampir terhenti.

Tetapi ada banyak pencabulan perdamaian dengan yang terbaharu ialah serangan roket menyasarkan kedutaan AS pada 20 Disember lalu.

Serangan terbaru hadir berikutan dengan ketega-ngan di utara Iraq, di mana negara jiran, Turki melancarkan serangan darat dan udara terhadap Parti Pekerja Kurdistan (PKK).

PKK yang melancarkan pemberontakan terhadap Turki sejak 1984, mengguna-kan kawasan pergunungan di utara Iraq sebagai pangkalan mereka.

Kecewa dengan serangan berterusan, Turki melancarkan operasi besar-besaran ke atas PKK pada Jun 2020, menggunakan serangan udara dan tentera darat untuk membersihkan kawasan sempadan. — AFP

Advertisement