Anda di sini

109 polis menjalani ujian calitan

Advertisement
Petugas kesihatan menjalankan ujian calitan di Balai Polis Tabuan Jaya.
Petugas kesihatan menjalankan ujian calitan di Balai Polis Tabuan Jaya.

KUCHING: Seramai 10 pegawai dan 99 anggota polis diarahkan menjalani ujian calitan selepas dua daripada tahanan di lokap polis, di sini disahkan positif COVID-19.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata ujian calitan tersebut dijalankan membabitkan tiga balai polis iaitu Tabuan Jaya, Sekama dan Gita.

"Seramai 10 pegawai dan 99 anggota polis sedang diambil ujian calitan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kesemua mereka diarahkan kuarantin," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dua tahanan lokap yang positif adalah suspek kes gaduh membabitkan dua kumpulan di Jalan Green, di sini pada Ahad lepas.

Berita berkaitan - www.utusanborneo.com.my/2021/02/17/dua-suspek-kes-gaduh-positif-covid-19

  • oleh
  • Advertisement