Anda di sini

SKAS minta pertimbangan kerajaan benarkan Dojo dibuka

Advertisement
SIMON
SIMON

KOTA KINABALU: Jurulatih-jurulatih dan pemilik pusat latihan (Dojo) seni mempertahankan diri karate Shotokan meminta kerajaan negeri mempertimbangkan untuk membenarkan pembukaan semula pusat kecergasan dan Dojo persendirian mereka.

Presiden Persatuan Karate Shotokan Sabah (SKAS), Simon Chia berkata, mereka kecewa apabila pusat kecergasan dan Dojo persendirian tiada dalam senarai dibenarkan dibuka ketika beberapa kelonggaran dibuat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Simon berkata, banyak sektor telah dibenarkan beroperasi seperti pusat membeli-belah, restoran, hotel, salun, kedai perabot dan tempat-tempat ibadah tetapi pusat kecergasan persendirian masih kekal tidak dibenarkan.

"Kami mengalami kerugian dalam lapan bulan terakhir ini dan tidak ada kepastian bila kerajaan akan membenarkan Dojo dibuka," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, pemilik Dojo masih membayar sewa dan gaji kakitangannya walaupun ditutup ekoran krisis pandemik COVID-19.

Beliau berkata, ramai instruktur kini bergelut dengan adanya di antaranya telah kehilangan perkerjaan dan hilang pendapatan sampingan, malah ada yang terpaksa menutup perniagaan mereka.

"Sehubungan dengan itu, kami merayu agar kerajaan membenarkan kami meneruskan operasi (di Dojo) dengan menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) khusus.  

"Ramai pelatih dan ahli kami sedar bahawa mereka perlu terus aktif untuk meningkatkan daya tahan tubuh mereka dalam tempoh sekarang di mana ini juga merupakan nasihat Menteri Kesihatan.

"Dengan larangan seperti sekarang ini, ramai orang terutama yang tinggal di pangsapuri tidak terdorong untuk bersenam walaupun kami ada inisiatif mengadakan latihan secara maya.  

"Ada juga yang tidak mahu membayar yuran ketika kami menawarkan kelas dalam talian," kata Simon.

  • oleh
  • Advertisement