Anda di sini

Senat AS bebaskan Trump atas dakwaan hasut pemberontakan

Advertisement
 Mitch McConnell (dua kiri) berjalan menuju ke pejabatnya pada akhir perbicaraan pendakwaan Trump ke atas Capitol AS di Washington, kelmarin. — Gambar AFP
TRUMP DIBEBASKAN: Mitch McConnell (dua kiri) berjalan menuju ke pejabatnya pada akhir perbicaraan pendakwaan Trump ke atas Capitol AS di Washington, kelmarin. — Gambar AFP

WASHINGTON: Donald Trump terselamat buat kali kedua pada perbicaraan pendakwaan kelmarin apabila Senat Amerika Syarikat (AS) membebaskannya dari dakwaan menghasut pemberontakan, menamatkan usaha Demokrat untuk memastikan bekas presiden AS bertanggungjawab dalam rusuhan ke atas Capitol AS.

Hari kelima perbicaraan, di mana pengurus pendakwaan Demokrat membuat pertikaian bahawa Trump melanggar sumpah memegang jawatan dengan menggalakkan penyokongnya untuk menyerbu Kongers dalam usaha untuk menghalang pengesahan pilihan raya bulan November, yang berakhir dengan keputusan kurang majoriti 57-43 para senator untuk menyokong pendakwaan.

Ia adalah perbicaraan pendakwaan paling dwipartisan yang pernah disaksikan, dengan tujuh senator Republikan menyertai kesemua 50 senator Demokrat untuk menuntut pensabitan, satu kesan buruk dan kekal ke atas seorang bekas presiden yang mungkin mahu kembali bertanding.

Tetapi dengan dua pertiga dewan, atau undian 67 senator diperlukan untuk pensabitan, kegagalan mencapai majoriti menyebabkan Senat tidak bersedia menghukum bekas presiden.

Dalam perbicaraan pendakwaan yang kedua Trump, para senator, buat kali pertama bukan hanya juri tetapi saksi kepada serangan yang merupakan pendakwaan utama terhadap Trump.

Demokrat menegaskan bahawa tingkah laku Trump adalah satu contoh “bukan dan tutup” satu kesalahan pendakwaan, berkata bahawa sebagai presiden, dia berulang kali membuat kenyataan palsu bahawa pilihan raya telah dirampas, dan menggalakkan penyokongnya untuk menyerang Kongres dan menghalang pengesahan akhir keputusan pilihan raya.

“Dia memanggil penyo-kongnya ke Washington, dengan rasa yakin mengarahkan mereka ke Capitol,” kata Pemimpin Majoriti Senat, Chuck Schumer selepas undian dibuat.

Pasukan pembelaan Trump mengetepikan bukti itu dengan menegaskan Senat tidak mempunyai kuasa perlembagaan untuk membicarakan bekas presiden. Kebanyakan senator Republikan bersetuju dengan isu itu.

Trump, yang bersembunyi di kelabnya di Florida sejak menamatkan tugas sebagai presiden pada 20 Januari, mengeluarkan satu kenyataan menyuarakan rasa terima kasih di atas keputusan itu, dan mengelar prosiding itu “satu lagi fasa mencari kesalahan dalam sejarah negara kita.”

Trump, 74, juga membayangkan satu kemungkinan kembali kancah politik pada masa hadapan dan “meneruskan perjalanan hebat kita untuk mencapai kehebatan Amerika kepada seluruh rakyat.”

Demokrat menggambarkan bagaimana Trump menolak desakan untuk menamatkan pemberontakan pada 6 Januari di Capitol yang menyebabkan bekas timbalannya ketika itu, Mike Pence dan anggota senator lain dalam bahaya.

Tetapi pasukan pembelaan berulang kali mendakwa Trump tidak bersalah, dengan menegaskan “tindakan menghasut tidak pernah berlaku” dan perusuh bertindak bersendirian.

Pemimpin Minoriti Senat berpengaruh dari Republikan, Mitch McConnell, mendedahkan dia akan mengundi tidak menyokong pendakwaan Trump, menyebabkan kes lebih memihak kepada pembebasan Trump.

Trump didakwa oleh Dewan yang dikuasai Demokrat pada 13 Januari kerana menghasut serangan yang dilakukan penyokongnya, yang mahu menghalang pengesahan keputusan pilihan raya yang dimenangi Joe Biden pada 3 November lepas. — AFP

Advertisement