Anda di sini

Juruwang didenda kerana terlibat loteri tanpa lesen 

Advertisement
 

KUCHING: Seorang juruwang wanita didenda RM1,000 atau sebulan penjara sekiranya gagal membayar di Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana menjalankan kegiatan loteri tanpa lesen. 

Jee Min Yun, 36, mengaku bersalah sejurus pertuduhan mengikut Seksyen 9 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Zaiton Anuar. 

Seksyen berkenaan memperuntukkan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. 

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut pada 8 Februari lalu, jam 4 petang di sebuah kedai kopi di Stutong, dekat sini. 

Semasa serbuan dibuat, pihak polis mendapati terdapat urus niaga penjualan loteri awam tanpa lesen di dalam kedua-duah buah telefon bimbit milik tertuduh. 

Sebelum dijatuhkan hukum, tertuduh menerusi peguamnya Lim Lian Kee memohon dikenakan hukuman ringan berikutan dia telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis semasa siasatan dijalankan, selain memaklumkan mahkamah bahawa ia merupakan kesalahan pertamanya. 

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang.  

  • oleh
  • Advertisement