Anda di sini

Chadwick Boseman dapat dua pencalonan SAG

Advertisement
CHADWICK BOSEMAN
CHADWICK BOSEMAN

CHADWICK Boseman mendapat dua pencalonan anugerah Screen Actors Guild, memberikan harapan bagi kegemilangan Oscar yang diberikan kepada orang yang telah meninggal untuk bintang terkenal ‘Black Panther’ itu.

Persatuan lakonan Hollywood mencalonkan Boseman bagi watak utamanya sebagai seorang pemain muda yang bercita-cita tinggi dalam drama blues tahun 1920-an ‘Ma Rainey’s Black Bottom’, dan watak pembantunya sebagai seorang anggota tentera Perang Vietnam dalam filem Spike Lee, ‘Da 5 Bloods’.

Kedua-dua filem turut mendapat pencalonan bagi pemilihan pelakon terbaik, hadiah utama dalam majlis SAG, yang seperti kebanyakan anugerah lain di Tinseltown terpaksa ditangguhkan akibat pandemik koronavirus.

Walaupun mempunyai profil yang kurang tinggi berbanding pencalonan Golden Globes, anugerah SAG telah dilihat sebagai satu petunjuk yang lebih kuat untuk kegemilangan Oscar, berikutan para pelakon mewakili cabang yang lebih besar bagi kira-kira 10,000 orang pengundi Oscar di Academy of Motion Picture Arts and Sciences.

Hanya dua orang pelakon yang telah meninggal dunia pernah memenangi anugerah Oscar iaitu Peter Finch untuk filem ‘Network’ pada tahun 1976, dan Heath Ledger bagi filem ‘The Dark Knight’ pada 2008.

Boseman meninggal dunia di usia 43 tahun pada Ogos tahun lepas akibat kanser kolon, satu diagnosis yang beliau tidak pernah kongsikan secara umum.

Rakan pelakon Boseman, Viola Davis turut memperolehi satu pencalonan bagi aktres utama untuk ‘Ma Rainey’, meletakkan ia dalam satu perasingan sengit bagi pencalonan lakonan filem SAG bersama drama Korea-Amerika ‘Minari’.

‘Minari’, yang berkisar mengenai sebuah keluarga pendatang yang berpindah ke pendalaman Arkansas pada tahun 1980-an bagi membina satu kehidupan baharu, berharap untuk mengikuti jejak langkah ‘Parasite’ yang memenangi anugerah utama SAG pada tahun lepas sebelum dinobatkan sebagai filem terbaik Oscar.

Lakonan kedua-dua bekas bintang kegemaran ‘Walking Dead’ Steven Yeun dan bintang veteran Korea Selatan Youn Yuh-jung dalam filem tersebut  telah mendapat pujian ramai, bersama dengan barisan pelakon lain.

Turut tersenarai dalam kategori utama adalah dua filem hak sivil yang berlatarbelakangkan tahun 1960-an iaitu ‘One Night in Miami’ dan drama mahkamah ‘The Trial of the Chicago 7’.

Netflix sekali lagi mendominasi pencalonan filem dengan 13, sementara rangkaian striming lain Amazon menyusul dengan empat pencalonan.

‘Da 5 Bloods’ dan ‘Chicago 7’ mendapat pencalonan bagi lagak ngeri, yang turut melihat filem ’Mulan’ dari Disney, filem ‘News of the World’ lakonan Tom Hanks, dan filem adiwira ‘Wonder Woman 1984’.

Bagi kategori televisyen, ‘The Crown’ dan ‘Schitt’s Creek’ mengulangi pencapaian di Golden Globes apabila masing-masing mengungguli pencalonan SAG dengan lima.

SAG turut mencalonkan beberapa rancangan TV yang tidak mendapat perhatian di Golden Globes, termasuk siri popular Netflix ‘Bridgerton’ dan drama British ‘I May Destroy You’.

Pencalonan tersebut telah diumumkan semasa Instagram Live oleh Daveed Diggs, yang menerima pencalonan bagi lakonan televisyen untuk versi Disney+ bagi drama terkenal Broadway ‘Hamilton’, dan Lily Collins (‘Emily in Paris’).

Screen Actors Guild Awards yang ke-27 telah ditangguhkan sebanyak dua kali, yang pertama akibat pandemik dan kemudian akibat satu pertembungan dengan anugerah muzik Grammy.

Majlis anugerah SAG akan diadakan pada 4 April depan, iaitu sebelum Anugerah Oscar yang dijadualkan pada 25 April. — AFP

Advertisement