Anda di sini

1 maut, 4 cedera ditembak di klinik Minnesota, AS

Advertisement
 Pegawai penguat kuasa undang-undang dari ATF memeriksa kawasan di luar Klinik Kesihatan Allina di mana insiden tembakan berlaku kelmarin di bandar Buffalo, Minnesota. — Gambar AFP
PERIKSA: Pegawai penguat kuasa undang-undang dari ATF memeriksa kawasan di luar Klinik Kesihatan Allina di mana insiden tembakan berlaku kelmarin di bandar Buffalo, Minnesota. — Gambar AFP

WASHINGTON: Seorang lelaki yang tidak berpuas hati dengan rawatan dan layanan yang diterima-nya di sebuah klinik kesihatan di Minnesota, Amerika Syarikat (AS) melepaskan tembakan di dalam bangunan itu kelmarin yang menyebabkan seorang terbunuh dan empat lagi cedera, kata pihak berkuasa.

Polis menahan penembak yang disyaki, dikenali sebagai Gregory Ulrich, 67, yang dikenali oleh penguat kuasa undang-undang bagi kejadian sebelum ini.

Dia dikatakan telah mema-suki Klinik Kesihatan Allina di Buffalo, Minnesota hanya sebelum jam 11 pagi waktu tempatan dan melepaskan tembakan.

Imej di televisyen tempatan menunjukkan klinik dengan beberapa kaca yang pecah, walaupun ia masih belum jelas sekiranya ia berpunca daripada letupan atau akibat tembakan.

Ketua Polis Buffalo Pat Budke memberitahu satu sidang media bahawa Ulric mempunyai perasaan dendam terhadap fasiliti per-ubatan tersebut.

“Ia adalah satu sejarah yang berlaku selama beberapa tahun, dan pastinya terdapat satu sejarah mengenai dia yang membuatkan dia tidak gembira dengan rawatan kesihatan yang diterimanya,” jelas Budke.

Namun “tiada apa-apa yang menyatakan bahawa kami akan berada dalam satu situasi yang kami alami pada hari ini,” tambahnya.

Lima orang telah dikejarkan ke hospital, menurut seorang pegawai tanpa menyatakan tentang tahap teruk kecederaan mereka.

Budke berkata mungkin terdapat satu letupan sebelum tembakan dilepaskan.

Menurut akhbar Star Tribu-ne suspek memberitahu terdapat bom di tempat kejadian sebelum dia ditangkap.

Polis menyatakan mereka telah menemui satu “bungkusan yang mencurigakan” ketika memeriksa bangunan dan beberapa peralatan lain turut ditemui di sebuah bilik hotel berhampiran di mana suspek telah menginap.

Seorang saksi memberitahu Fox 9 bahawa dia telah pergi ke klinik untuk menghantar ibunya yang mempunyai temu janji, ketika dua jururawat bergegas keluar dari fasiliti tersebut.

“Mereka berkata mereka telah mendengar kira-kira 11 das tembakan dalam masa seminit. Mereka berasa sangat takut dan hanya ingin keluar dari tempat tersebut,” kata saksi itu.

“Kira-kira dua minit kemudian, kami melihat tingkap depan telah ditembak dan kami berlari keluar dari situ,” tambahnya. — AFP

Polis berkata suspek dipercayai bertindak secara bersendirian. — AFP

Advertisement