Anda di sini

Penunjuk perasaan tuntut keadilan untuk artis jalanan ditembak mati polis Chile

Advertisement
 Penunjuk perasaan bertempur dengan polis selepas seorang artis jalanan                   ditembak mati di Panguipulli, Santiago pada Sabtu lepas. — Gambar AFP
HURU-HARA: Penunjuk perasaan bertempur dengan polis selepas seorang artis jalanan ditembak mati di Panguipulli, Santiago pada Sabtu lepas. — Gambar AFP

SANTIAGO: Kira-kira 100 orang yang berkabung me-nuntut keadilan kelmarin ketika upacara pengebumian seorang artis jalanan yang dibunuh oleh anggota polis Chile semasa satu tindakan pencarian.

Penjugel Francisco Martinez, yang berusia 27 tahun, ditembak mati oleh seorang anggota polis selepas menolak untuk bekerjasama dengan satu pemeriksaan identiti polis di selatan negara.

Dia telah dikebumikan di ibu negeri Santiago dalam satu upacara yang dihadiri oleh anggota keluarga, rakan-rakan dan artis jalanan lain yang bermain muzik dan melaungkan “keadilan untuk Francisco” termasuk slogan menentang polis dan kerajaan Presiden Sebastian Pinera.

Majlis pengebumian bertukar ganas apabila orang awam yang berkabung menyerang pasukan media yang memaksa mereka melarikan diri dari serangan dan lontaran batu, ditunjukkan oleh gambar yang diterbitkan oleh media tempatan.

Martinez meninggal dunia di Panguipulli pada Jumaat lepas, kira-kira 530 batu di selatan Santiago.

Martinez menolak untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa yang memeriksa kad pengenalan ketika berjugel menggunakan pedang di sebatang jalan raya sibuk.

Pemeriksaan tersebut membawa kepada pergaduhan yang berakhir dengan salah seorang anggota polis menembak ke arah artis jalanan itu, menurut satu rakaman video yang disebarkan secara meluas oleh rangkaian tempatan dan di media sosial.

Kejadian tembakan maut itu mencetuskan kemarahan di seluruh negara dan bantahan ganas di Panguipulli, di mana penunjuk perasaan membakar sebuah bangunan awam.

Pasukan keselamatan Chile telah menerima kecaman bagi reaksi kekerasan terhadap protes selama beberapa bulan membantah ketidakadilan sosial pada Oktober 2019 yang membawa kepada tuduhan pencabulan hak asasi manusia. — AFP

Advertisement