Anda di sini

Pemilik salon ditahan, kompaun ingkar PKP

Advertisement
Sisa-sisa rambut pelanggan yang bertaburan di atas lantai premis salon.
Sisa rambut pelanggan yang bertaburan di atas lantai premis salon.

SIBU: Seorang pemilik salon di sini hari ini ditahan dan dikenakan kompaun RM1,000 kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, wanita berusia 55 tahun terbabit dipercayai membuka premis salon miliknya di Jalan Belatok untuk menjalankan perkhidmatkan menggunting rambut semasa PKP masih dikuatkuasakan.

“Kedai gunting rambut atau salon sememangnya belum lagi dibenarkan beroperasi sepanjang PKP bagi mengelak penularan COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, bertindak daripada maklumat awam, pasukan polis peronda MPV yang diketuai oleh ASP Kushairy Bujang telah pergi ke premis tersebut dan mendapati ia sedang beroperasi kira-kira jam 2.30 petang.

"Pemeriksaan yang dijalankan di premis kedai mendapati sisa-sisa rambut bertaburan di atas lantai premis.

"Pemilik salon itu juga mengaku ada menjalankan khidmat menggunting rambut ketika PKP sedang dikuatkuasakan," katanya.

Dia dibawa ke balai polis dan kes disiasat mengikut Peraturan (No.2) Peraturan-Peraturan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) 2021. 

  • oleh
  • Advertisement