Anda di sini

Banjir ragut 24 nyawa di kilang bawah tanah Maghribi

Advertisement
 Anggota penyelamat mengangkat seorang lelaki yang lemas selepas bengkel tekstil bawah tanah ditenggelami banjir ekoran hujan lebat di bandar Tangiers, kelmarin. — Gambar AFP
LEMAS: Anggota penyelamat mengangkat seorang lelaki yang lemas selepas bengkel tekstil bawah tanah ditenggelami banjir ekoran hujan lebat di bandar Tangiers, kelmarin. — Gambar AFP

RABAT: Sekurang-kurangnya 24 orang meninggal dunia selepas hujan lebat membanjiri sebuah bengkel tekstil bawah tanah haram di sebuah rumah persen-dirian di bandar Tangiers di pelabuhan Maghribi, lapor agensi berita negara kelmarin.

Anggota penyelamat me-nemui 24 mayat dari bilik tingkat bawah rumah tersebut dan menyelamatkan 10 orang masih hidup, yang dibawa ke hospital, kata agensi MAP, memetik pihak berkuasa tempatan.

Satu tindakan menggeledah premis tersebut di bandar utara telah dilakukan.

Sementera itu, seorang pegawai kerajaan di tempat kejadian menyatakan 25 orang meninggal dunia, 17 wanita dan lapan lelaki, semuanya berusia antara 20 dan 40 tahun, menurut seorang wartawan tempatan yang dihubungi oleh AFP.

Rakaman gambar berita dari tempat kejadian, disiarkan oleh televisyen Maghribi, menunjukkan perkhidmatan kecemasan membawa keluar mayat dengan pengusung yang dapat dilihat dengan jelas oleh penduduk yang mengalami trauma, termasuk beberapa ambulans bergegas ke tempat kejadian.

Para pekerja telah dise-lamatkan oleh seorang penduduk tempatan yang membantu mereka keluar  dari bilik bawah tanah dengan menggunakan tali, menurut wartawan yang dihubungi oleh AFP, yang bercakap dengan beberapa saksi.

Syarikat media tempatan menyatakan sebahagian daripada mangsa mungkin telah mengalami renjatan elektrik semasa air yang mengalir masuk terkena fasiliti elektrik, namun pihak berkuasa tidak mengesahkan kenyataan ini.

Satu siasatan telah dilancarkan bagi menentukan punca kemalangan dan mereka yang bertanggungjawab, tambah agensi MAP.

Anggota perundangan Maghribi bertafakur sekejap di parlimen sebagai menghormati “mangsa syahid untuk ekonomi bukan formal”.

Sektor tidak rasmi di Maghribi memainkan pe-ranan penting dalam ekonomi, dengan lebih separuh pengeluaran tekstil dan kulit di negara ini adalah hasil daripada operasi haram, menurut pertubuhan pekerja Maghribi.

Banyak yang gagal mematuhi standard keselamatan rasmi, tambahnya.

“Bagaimana ramai pekerja memasuki garaj di sebuah bangunan kediaman selama bertahun-tahun... tanpa pihak berkuasa menyedari tentangnya?” tanya kumpulan hak asasi tempatan Nor-thern Observatory for Human Rights.

Maghribi menyenaraikan kira-kira 2,000 kematian setiap tahun disebabkan kemalangan berkaitan dengan kerja, “salah satu jumlah tertinggi” di Timur Tengah dan Afrika Utara, menurut Majlis Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar (CESE).

Negara telah mengalami hujan lebat sejak beberapa minggu, selepas kemarau panjang.

Pada awal Januari, hujan ribut menyebabkan beberapa bangunan lama roboh di

Casablanca, bandar utama ekonomi negara, menyebabkan sekurang-kurangnya empat kematian, menurut media tempatan.

Sistem perparitan yang kurang diselenggarakan se-ring menyebabkan banjir di bandar-bandar Maghribi.

Seramai 50 orang me-ninggal dunia akibat banjir pada 2014 berpunca daripada hujan lebat di selatan negara.

Pada September 2019, 24 penumpang sebuah bas terbunuh apabila mereka terperangkap dalam banjir kilat di sebatang sungai yang biasanya kering di tenggara wilayah Errachidia. — AFP

Advertisement