Anda di sini

Lelaki nafi rogol tahanan lokap bawah umur, dibebas dengan jaminan RM15,000

Advertisement
 

MIRI: Seorang remaja lelaki diperintahkan Mahkamah Jenayah dan Seksual Bagi Kanak-Kanak dibebas dengan jaminan RM15,000 berserta dua penjamin tempatan dan membayar deposit RM4,000 setelah menafikan tuduhan merogol seorang tahanan bawah umur.
    
Tertuduh, 19, dari Kampung Lereng Bukit di sini didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
    
Berdasarkan tuduhan pindaan, dia dituduh merogol seorang tahanan wanita bawah umur berusia 16 tahun.
    
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 4 pagi, 9 Januari lalu di tandas lokap Balai Polis Pusat Miri.
    
Terdahulu, pihak pendakwa memohon ditetapkan satu tarikh baharu untuk pengurusan kes memandangkan tertuduh telah mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan pindaan tersebut.
    
Hakim Jason Juga membenarkan permohonan itu dan menetapkan 10 Mac depan untuk pengurusan kes.
    
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh supaya melapor diri di Balai Polis Pusat Miri dua minggu sekali sehingga kes selesai.
    
Pendakwaan dilakukan oleh empat Timbalan Pendakwa Raya Pendakwaan dilakukan oleh empat Timbalan Pendakwa Raya terdiri daripada Musli Abdul Hamid, Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan, Danial Ilham dan Rishan Kumar Ragandaran.
    
Manakala tertuduh diwakili peguam bela Ranbir Singh dan Gurvir Singh Sandhu.
    
Hadir sama ialah peguam bela Alan Ling dan Lawrence Lo selaku peguam pemerhati bagi keluarga mangsa.
    
Selang beberapa minit, kes dipanggil semula tadi setelah Ranbir memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya dipukul semasa dalam tahanan.
    
Musli berkata sekiranya benar dakwaan itu, tertuduh boleh membuat laporan polis dengan menyatakan nama individu yang memukulnya.

  • oleh
  • Advertisement