Anda di sini

‘9 to 5’: Dolly Parton tetap sibuk walau kini berusia 75 tahun

Advertisement
DOLLY PARTON
DOLLY PARTON

PENYANYI Dolly Parton mungkin telah menolak sebanyak dua kali ‘Presidential Medal of Freedom’ daripada Donald Trump, namun ratu muzik ‘country’ itu mempunyai beberapa sokongan lain termasuk satu penampilan iklan ketika Super Bowl baru-baru ini.

Ikon budaya pop yang mencipta lagu-lagu terkenal seperti ‘I Will Always Love You’ dan  pejuang bagi wanita bekerjaya ‘9 to 5’ sekarang menyatakan beliau masih belum pasti sama ada beliau akan menerima anugerah awam paling tinggi daripada Presiden negara yang baharu, Joe Biden kerana ia akan kelihatan sebagai terlalu bersifat politik.

“Saya tidak dapat menerimanya (daripada Trump) kerana suami saya telah jatuh sakit dan kemudian mereka menanyakan saya sekali lagi mengenainya tapi saya tidak dapat pergi disebabkan oleh Covid,” jelas Parton, yang menyumbang kepada pembangunan salah satu dari vaksin utama koronavirus, dalam satu temubual dengan NBC yang disiarkan pada minggu lepas.

Beliau  mendedahkan bahawa beliau telah mendengar daripada Biden mengenai anugerah itu juga. “Sekarang saya merasakan seperti sekiranya saya mengambilnya, saya seakan melakukan politik, maka saya berasa tidak pasti,” jelas beliau.

Ketika ditanya bagi kemungkinan pingat daripada presiden, “Saya tidak bekerja untuk anugerah tersebut,” jawab Parton.

“Ia adalah bagus namun saya tidak pasti bahawa sekiranya saya layak untuk mendapatkannya,” tambah beliau. “Namun ia adalah satu penghargaan yang baik bagi mereka yang memikirkan bahawa saya layak untuk menerimanya.”

Trump memberikan Presidential Medal of Freedom kepada seorang pemuzik, Elvis Presley. Pada akhir penggalnya beliau memberikan anugerah yang menjadi kontroversi kepada dua orang anggota Kongres yang setia kepada presiden melalui dua pendakwaan beliau.

Jurulatih New England Patriots, Bill Belichick telah menolak anugerah tersebut pada bulan lepas selepas rusuhan Capitol AS pada 6 Januari.

Bekas presiden Barack Obama memberikan pingat kepada  beberapa orang legenda  muzik  termasuk Stevie Wonder dan Bob Dylan, namun pada November beliau menyatakan ia merupakan “satu kesilapan” untuk tidak memberikan anugerah kepada Parton.

“Saya fikir saya mengandaikan bahawa beliau telah memiliki satu dan itu adalah tidak benar,” Obama memberitahu CBS Late Show. “Saya terkejut, beliau layak untuk menerima satu.”

Parton, pada usia 75 tahun, masih tetap sibuk.

Beliau sedang bersedia untuk satu Anugerah Grammy, pencalonan ke-50 beliau, pada Mac dan menulis muzik bagi filem Netflix 2018 ‘Dumplin’.  Beliau merupakan tajuk bagi satu ‘podcast’ popular, dan sedang mengeluarkan minyak wangi baharu.

Parton  baharu menghasilkan satu versi zaman digital bagi klasiknya ‘9 to 5’, lagu dari filem pecah panggung 1980 dengan nama yang sama, untuk dimasukkan  dalam iklan pertama beliau semasa perlawanan kejuaraan ragbi Amerika.

Dalam tempat oleh laman sesawang bagi syarikat penganjur, Squarespace, Parton membayangkan semula lagu feminis beliau sebagai ‘5 to 9’, satu penerimaan bagi budaya yang berbeza yang dihadapi oleh ramai orang semasa milenium baharu.

“Ini adalah satu cara yang menarik untuk mengembalikan semula lagu tersebut, menambah perkataan baharu dan membicarakan tentang apa yang orang baharu ini lakukan,” beliau memberitahu NBC.

Penduduk asal Tennessee  yang membesar dalam keadaan miskin merupakan seorang dermawan selama ini, sekutu kepada kesederhanaan.
Pada tahun lepas beliau menyerahkan AS$1 juta kepada Vanderbilt University yang membantu menghasilkan vaksin koronavirus Moderna. Serta program kenal huruf beliau telah menyumbangkan kira-kira 100 juta buah buku kepada kanak-kanak yang memerlukan di seluruh dunia.

Ketika beliau menjangkau usia 75 tahun, pada 19 Januari lepas,  beliau menyampaikan satu ucapan yang menyentuh hati kepada lima juta orang pengikut Twitter beliau: “Tahun ini impian ulang tahun saya adalah satu seruan bagi kebaikan.” — AFP

Advertisement