Anda di sini

Warga asing tinggal lebih tempoh didenda RM10,000

Advertisement
 

KUCHING: Seorang lelaki warga Indonesia didenda RM10,000 atau sepuluh bulan penjara sekiranya gagal membayar di Mahkamah Seksyen di sini, hari ini atas kesalahan tinggal melebihi tempoh masa di negara ini. 

Tertuduh Rahmat Hidayat, berusia dalam lingkungan 20an mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Steve Ritikos. 

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 25 Januari lalu, jam 1.55 tengah hari, di sebuah kafe di Jalan Daya Pending, dekat sini. 

Difahamkan, tertuduh bermastautin di negara ini selama 298 hari selepas tempoh permitnya tamat pada 2 April 2020. 

Sehubungan itu, lelaki tersebut disabitkan mengikut Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1956/63, yang memperuntukkan denda maksimum RM10,000 atau penjara selama tempoh lima tahun. 

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Danial Ilham Kamaruddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.  
 

Advertisement