Anda di sini

Drama ‘CODA’ dan dokumentari Questlove menang di Sundance

Advertisement
 Gambar fail yang diambil pada 5 Februari 2020 menunjukkan Emilia Jones menghadiri tayangan  siri ‘Locke & Key’ Netflix di Egyptian Theatre di Hollywood. Emilia Jones memegang watak utama dalam filem ‘CODA’ yang menang di Sundance baru-baru ini.  — Gambar AFP
MENANG: Gambar fail yang diambil pada 5 Februari 2020 menunjukkan Emilia Jones menghadiri tayangan siri ‘Locke & Key’ Netflix di Egyptian Theatre di Hollywood. Emilia Jones memegang watak utama dalam filem ‘CODA’ yang menang di Sundance baru-baru ini. — Gambar AFP

FILEM ‘CODA’, sebuah drama ‘indie’ menarik tentang seorang remaja perempuan yang bergelut untuk membantu keluarganya yang pekak, menerima hadiah utama festival filem Sundance, sementara pemuzik Questlove memenangi penghargaan dokumentari terbaik dengan penampilan sulungnya sebagai pengarah.

Mendapatkan tajuk dari singkatan untuk ‘child of deaf adult’ (kanak-kanak dari orang dewasa pekak), ‘CODA’ berkisar kepada seorang pelajar sekolah menengah tinggi (Emilia Jones) yang gelisah di antara usaha untuk meneruskan minat dalam muzik, dan terus kekal di rumah untuk membantu ibu bapa dan adik lelakinya yang pekak.

Syarikat Apple membeli filem itu pada awal festival Amerika (AS) dengan respon atas talian luar biasa dan perang bidaan syarikat pengeluar – dilaporkan menghasilkan satu rekod Sundance bernilai 25 juta dolar.

“Saya sangat teruja, sangat terharu – saya cuba untuk menandatangani dan bercakap pada masa yang sama tetapi ia sukar,” kata pengarah filem itu, Sian Heder, ketika menerima anugerah.

‘CODA’ berdasarkan kepada komedi Perancis ‘La Famillie Belier’ pada tahun 2014, diterjemahkan kepada bandar nelayan AS Gloucester oleh Heder, penduduk asal Massachusetts.

Heder dan Jones belajar menggunakan bahasa isyarat untuk filem itu, yang memaparkan beberapa pelakon pekak terkenal termasuk pemenang Oscar, Marlee Matlin (‘Children of a Lesser God’).

Filem itu juga memenangi anugerah tertinggi penonton Sundance, dan hadiah untuk arahan dan pemilihan pelakon.

Filem pertama pemuzik Questlove, ‘Summer of Soul (...Or, When The Revolution Could Not Be Televised)’, tentang festival ‘Black Woodstock’ yang berlaku pada 1969 di Harlem, memenangi hadiah juri dan penonton untuk dokumentari terbaik.

Filem itu menggunakan rakaman yang belum pernah dilihat tentang konsert barisan ahli muzik bintang yang dihadiri oleh 300,000 orang dan memaparkan Stevie Wonder, Nina Simone dan Mahalia Jackson, tetapi sebahagian besarnya hilang dalam sejarah sehingga sekarang.

‘Hive’, tentang seorang wanita yang mengharungi kehidupan semasa perang Kosovo, memenangi hadiah filem dunia terbaik sementara dokumentari asing dimenangi ‘Flee’ sebuah animasi tentang pelarian kanak-kanak dari Afghanistan, yang dibeli di pertengahan festival oleh pengedar filem ‘Parasite’, NEON.

Festival filem indie Sundance diasaskan bersama oleh Robert Redford dan diadakan di Park City di kawasan pergunungan di barat Utah.

Tetapi ia berlangsung atas talian tahun ini kerana pandemik COVID-19, dengan semua 75 filem membuat tayangan perdana menerusi striming atas talian.

Salah satu filem turut ke final ialah ‘Amy Tan: Unintended Memoir’, satu dokumentari tentang penulis novel imigran China-Amerika yang laris, ‘The Joy Luck Club’.

Ia diarahkan oleh anak lelaki Redford, James, seorang penerbit filem dan aktivis yang meninggal dunia pada bulan Oktober lepas ketika berusia 58 tahun kerana barah ketika filem itu hampir siap.

“Beliau adalah seseorang yang saya sangat percayai. Saya merasakan beliau tidak akan menilai saya, beliau tidak akan bersimpati dengan saya. Beliau hanya akan mendengar,” kata Tan.

Penerbit Karen Pritzker, menambah: “Saya meminta maaf kerana tidak dapat bertemu secara bersemuka dan juga Jamie tidak bersama dengan kami untuk meraikan kejayaan ini.” — AFP

Advertisement