Anda di sini

Penceroboh naik pesawat ketika kawalan keselamatan diperketat

Advertisement
 Joe Biden selepas mendarat di Pangkalan Andews Air Force di Maryland. — Gambar AFP
GAMBAR HIASAN: Joe Biden selepas mendarat di Pangkalan Andews Air Force di Maryland. — Gambar AFP

WASHINGTON: Pasukan tentera Udara AS membuka satu siasatan kelmarin selepas seorang penceroboh berjaya menaiki sebuah pesawat rasmi di sebuah pangkalan tentera udara  berhampiran Washington, di sebalik langkah keselamatan dipertingkatkan selepas serangan Capitol Hill pada 6 Januari.

Seorang “lelaki dewasa” berjaya memasuki pangkalan Andrews Air Force --  yang menjadi tuan rumah bagi golongan berkedudukan tinggi yang melawat di Washington dan di mana  pesawat rasmi AS, termasuk jet presiden Air Force One, terdapat – pada Khamis, menurut pihak berkuasa.

“Semua orang menganggap ini sebagai sangat serius, Setiausaha Pertahanan Lloyd Austin menganggap perkara ini sangat serius,” jurucakap Pentagon John Kirby berkata, menegaskan bahawa siasatan akan tertumpu kepada langkah keselamatan bagi Pasukan Tentera Udara AS di seluruh dunia.

Lelaki yang tidak bersenjata, yang mana pihak berkuasa tidak mengaitkan dengan segera kepada mana-mana kumpulan ekstremis, telah mampu untuk menaiki secara haram sebuah C-40,  versi ketenteraan bagi Boeing 737, sebelum ditangkap, tambah pihak pasukan tentera udara.

Pesawat C-40 ditempatkan di Pangkalan Andrews Air Force telah digunakan oleh anggota kerajaan Amerika Syarikat, pegawai kanan kongres, atau pegawai kanan tentera semasa  kunjungan rasmi mereka.

Pasukan Tentera Udara tidak menjelaskan bagaimana lelaki  itu telah berjaya memasuki pangkalan udara, yang dikawal dengan ketat, atau berapa lama dia telah berada di dalam pesawat.

Ribuan anggota tentera Pengawal Negara (National Guard) telah mempertingkatkan keselamatan  Washington sejak serangan ke atas Capitol Hill oleh penunjuk perasaan pro-Trump yang menyebabkan lima terkorban.

Ketika pihak berkuasa bimbang bagi protes selanjutnya, pihak Pengawal telah ditugaskan dengan melindungi Capitol ketika perbicaraan pendakwaan kedua Donald Trump dijangka akan bermula pada 9 Februari. — AFP

Advertisement