Anda di sini

Tiada bukti COVID-19 berasal dari Wuhan: WHO

Advertisement
 Saintis keselamatan makanan WHO Peter Ben Embarek (empat kiri), bersama pakar WHO lain yang menyiasat asal usul pandemik COVID-19, melawat pusat komuniti Jiangxinyuan di Wuhan, wilayah Hubei kelmarin. — Gambar AFP
LAWAT: Saintis keselamatan makanan WHO Peter Ben Embarek (empat kiri), bersama pakar WHO lain yang menyiasat asal usul pandemik COVID-19, melawat pusat komuniti Jiangxinyuan di Wuhan, wilayah Hubei kelmarin. — Gambar AFP

BEIJING: Pasukan pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sangsi terhadap khabar angin mengenai Institut Virologi Wuhan (WIV) dikatakan sebagai tempat asal usul virus COVID-19.

Sebaliknya, pasukan tersebut yakin dengan tahap keselamatan di kawasan itu dan memberikan penilaian yang positif terhadap cara pengurusan serta pengendalian makmal di institut berkenaan.

Pasukan pakar WHO berada di China bagi menyiasat asal usul pandemik COVID-19 dan telah melawat WIV serta makmal institut tersebut di Wuhan, wilayah Hubei pada Rabu lalu.

Pakar epidemiologi Institut Pasteur St. Petersburg Rusia, Dr. Vladmir Dedkov mendapati makmal berke-naan dilengkapi pelbagai kemudahan berpiawaian tinggi dan sangsi bagaimana virus boleh disebarkan dari kawasan tersebut.

Seorang lagi pakar, Peter Daszak, yang telah me-ngumpul pelbagai maklumat mengenai makmal itu mengesahkan banyak pencapaian sains dan penyelidikan berjaya dihasilkan di makmal tersebut.

Mengulas mengenai Pasar Basah Huanan pula, Dr. Vladmir Dedkov mengesah-kan tiada bukti menunjukkan penularan wabak berpunca daripada pasar itu.

Dalam perkembangan lain, jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin pada sidang media pada hari yang sama turut memaklumkan bahawa perbincangan antara pasukan pakar WHO dengan petugas China telah membuahkan hasil.

Tambah Wang, kerja-kerja menyiasat oleh pakar-pakar tersebut ke kawasan hospital, pasar dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Wuhan serta tempat-tempat lain berjalan lancar.

Tegasnya, China akan meneruskan kerjasama dengan WHO secara terbuka, telus dan bertanggungjawab. — Bernama

Advertisement