Anda di sini

Pengkritik terkenal Hizbullah mati ditembak

Advertisement
SLIM
SLIM

BEIRUT: Seorang aktivis Lubnan yang terkenal ke-rana mengkritik pergerakan Syiah, Hizbullah, ditemui mati ditembak di dalam keretanya di selatan negara itu kelmarin, kata seorang pegawai keselamatan.

Pembunuhan, tepat enam bulan selepas letupan di sebuah pelabuhan di Beirut, mendapat kutukan serta-merta dari luar negara dan penghormatan dari ramai rakannya.

Lokman Slim, 58, sudah lama menjadi suara sekular utama dalam komuniti Syiah dan sering dikritik dan di-ancam kerana pendirian anti-Hizbullah.

“Dia ditemui mati di dalam keretanya,” kata seorang pegawai kanan keselamatan kepada AFP yang enggan dikenali, sambil menambah Slim ditembak lima kali di kepala dan sekali di belakang.

Maklumat awal men-               cadangkan dia dibunuh antara jam 2 dan 3 pagi waktu tempatan, beberapa jam selepas meninggalkan keretanya pada malam sebelumnya.

Tanpa menamakan Hizbullah, kakak Slim, Rasha al-Ameer, memberitahu AFP sebelum kematiannya disah-kan bahawa kehilangannya tidak dapat dielak dikaitkan dengan pendapatnya.

Hizbullah dalam satu ke-nyataan lewat kelmarin me-ngutuk pembunuhan itu, dan mendesak “satu siasatan terperinci dan pantas untuk mengenal pasti dan meng-hukum penjenayah.”

Awal hari yang sama, ketika sanak-saudara Slim berkumpul di rumah keluarga dan rakan-rakan me-nyampaikan ucapan takziah, Ameer bercakap tentang rasa kagum terhadap adiknya.

“Saya sentiasa berkata kepadanya: ‘Lokman, adakah kamu tidak takut bercakap begitu bebas di negara kita yang tertutup seperti penjara?” katanya.

“Dia memberitahu saya bahawa dia tidak takut mati. Mereka telah membunuh seorang individu yang hebat.”

Ameer mengaitkan beberapa pembunuhan di Iraq yang didakwa dilakukan oleh militia yang disokong etnik Syiah Iran. Antara mangsa ialah ahli akademik terkenal, Hisham al-Hashemi, yang dibunuh pada usia 47 tahun pada tahun lepas.

Media sosial di Lubnan meledak kerana pembunuhan itu ketika orang ramai meng-ulas pembunuhan politik berterusan di Lubnan.

Slim, orang yang sudah lama dibenci oleh penyokong setia Hizbullah, yang me-nuduhnya sebagai boneka Barat, hidup tanpa perlindu-ngan peribadi.

Slim mengasaskan sebuah organisasi untuk mengimbau keganasan silam Lubnan dan ada membuat beberapa filem dokumentari bersama isterinya, Monika Borgmann dan juga bekerja dalam penerbitan.

Perdana Menteri sementara Lubnan, Hassan Diab, berjanji satu siasatan terperinci supaya “jenayah kejam ini tidak akan berlalu tanpa kebertanggungjawaban.”

Rakan-rakan berkata Slim sentiasa memikirkan musuhnya tidak akan bertindak jauh seperti membunuhnya.

Slim, salah seorang intelek-tual terkenal Lubnan yang mati ditembak sejak pakar sejarah Samir Kassir pada 2005, lahir di Beirut pada 1962 dan belajar di Perancis pada lewat perang saudara 1975-1990. — AFP

Advertisement