Anda di sini

Mengubah Wajah Pendidikan Perubatan

Advertisement

BEBERAPA DEKAD telah berlalu, tetapi bidang perubatan dan pergigian kekal sebagai pilihan kerjaya utama untuk anak muda Malaysia setelah meninggalkan alam persekolahan. Walaupun pilihan kerjaya sering mejadi perkara yang mudah untuk dilakukan, didorong oleh semangat dan kesungguhan dalaman pelajar, namun perkara yang sama tidak mudah dilakukan dalam pemilihan institusi pengajian tinggi untuk mereka melanjutkan pengajian.

Untuk permulaan yang teguh, asas yang kukuh sangat penting, kerana ini meletakkan pelajar dalam kedudukan yang tepat untuk pertumbuhan dan perkembangan, serta membina masa depan yang cerah - bukan sahaja dalam pengajian malahan dalam kerjaya masa depan mereka.

Rekod prestasi yang terbukti

Dengan lebih daripada tiga puluh sekolah perubatan di Malaysia untuk dipilih, Kolej Universiti Manipal Malaysia (KUMM) yang dahulunya dikenali sebagai Kolej Perubatan Melaka-Manipal, berada jauh di hadapan sebagai sekolah perubatan di tangga teratas.

Semenjak penubuhannya, lebih 6000 pakar bedah perubatan dan lebih 400 orang pakar pergigian telah berkhidmat dalam sistem kesihatan antarabangsa sama ada di Malaysia dan juga luar negara, dengan ramai alumni berjaya menggapai impian dalam bidang kerjaya kepakaran pilihan mereka.

Sebagai sebuah kolej universiti, program berkembar KUMM akan berkembang menjadi program sepenuh masa di Malaysia.

​Pengetahuan dan pendedahan pra-klinikal yang kukuh

Dengan anatomi menjadi subjek utama pada tahun-tahun pra-klinikal, tugas pertama KUMM adalah untuk menubuhkan makmal anatomi yang serba lengkap yang menawarkan pengalaman pembelajaran kadaver tulen yang dilengkapi dengan kemudahan makmal digital sepenuhnya, termasuk model 3D dalam talian, aplikasi, dan pengalaman realiti lanjutan menggunakan jadual Anatomage yang melibatkan pembelajaran melalui realiti tambahan. Makmal ini dibahagikan kepada beberapa sektor termasuk bilik simpanan kadaver, bilik pembedahan, dan bilik pameran spesimen (model yang diawet dan plastik).

Pelajar KUMM akan diberikan pengalaman pembelajaran melibatkan penggunaan kadaver, memberikan pelajar struktur rasa yang meningkatkan pengetahuan pembedahan mereka terhadap tubuh manusia. Penglibatan diri dengan kadaver juga mengajar pelajar untuk menunjukkan rasa hormat kepada jasad manusia.

Persediaan kerjaya dunia nyata

Pada tahun-tahun pengajian klinikal, pelajar KUMM ditempatkan di bawah seliaan hospital Kementerian Kesihatan Melaka, Muar, Jasin, Segamat, dan poliklinik kerajaan yang menyediakan persekitaran latihan kemahiran klinikal. Dengan kurikulum yang distrukturkan untuk dilengkapkan menjelang akhir Semester 9, pelajar KUMM menghabiskan semester terakhir mereka dalam peranan yang mencerminkan pengalaman sebagai doktor pelatih pada masa akan datang. Pendedahan ini memastikan mereka bersedia apabila dipanggil untuk berkhidmat sebagai doktor pelatih dan membantu mereka menyerlah dalam kerjaya pertama mereka.

Pelajar pergigian akan menyempurnakan kemahiran klinikal mereka di klinik pergigian kepunyaan KUMM sendiri di kampus, yang menawarkan latihan dalam semua disiplin pergigian. Dengan nisbah kerusi pergigian pelajar hampir 1:1, ditambah pula dengan jumlah pesakit lebih daripada 30,000 setahun, pelajar tidak akan kekurangan peluang untuk membangunkan dan memperbanyakkan kemahiran pergigian mereka di bawah pengawasan pensyarah dan profesor yang sangat berpengalaman dalam industri. Peluang bekerja secara satu per satu dengan pesakit memberi rasa keyakinan kepada pelajar kerana mereka bersedia untuk menentukan hala tuju latihan mereka pada masa akan datang.

​Laluan yang jelas

Bagi lepasan SPM yang baru, program persediaan disediakan melalui program Asasi Sains. Dalam program 12 bulan yang direka secara unik, pelajar akan dipersiapkan untuk cemerlang dalam MBBS atau BDS kerana subjek yang dipilih adalah secara khusus untuk mendalami pengetahuan sains pelajar yang sedia ada supaya mereka mempunyai asas yang kuat pada tahun-tahun mendatang semasa pengajian sarjana muda mereka. Pelajar dalam program asasi yang memenuhi syarat kemasukan diberi jaminan kekosongan tempat sama ada untuk program MBBS atau BDS.

​Sokongan pembelajaran sepanjang hayat

Menjadi kejutan bagi para pelajar setelah tamat pengajian sebaik sahaja mereka melangkah buat pertama kali dalam profesion perubatan. Walaupun ungkapan ini sering digunakan dan kedengaran klise, pembelajaran adalah sepanjang hayat, dan ini tidak kurang benarnya juga dalam arena perubatan. Pada masa akan datang di mana teknologi menguasai, kemahiran berbeza yang dimiliki manusia akan menjadi antara yang sangat berharga dan kemahiran ini turut diperkaya melalui pengajian pascasiswazah.

Mengambil kira kepentingan perkara ini, KUMM sering menganjurkan bengkel berkaitan pelbagai peperiksaan perlesenan antarabangsa serta program pengkhususan di kampusnya di Melaka, supaya pelajar dapat membuat persediaan untuk diri mereka sebelum tamat pengajian dengan perjalanan minimum yang diperlukan daripada rutin harian mereka.

​Gaya hidup seimbang

Semenjak awal penubuhannya, KUMM telah berjaya mengintegrasikan etos Manipal ke dalam kurikulum, fakulti dan pelajar di Malaysia.

Kemudahan di kedua-dua kampus Manipal dan Melaka tiada tandingannya kerana mereka menyediakan sepenuhnya pendidikan yang holistik - akademik serta sosial. Di Manipal, pelajar boleh menyertai kelab seperti muzik dan seni halus, menikmati aktiviti sastera, meditasi, yoga, berdebat, fotografi dan kelas bahasa. Juga, kampus ini turut mempunyai taman permainan dan gelanggang untuk aktiviti kriket, hoki, bola sepak, tenis, bola keranjang, badminton, dan bola tampar, serta kolam renang, gimnasium, dan trek olahraga.

Menuntut ilmu dalam bidang perubatan atau pergigian adalah seperti larian jarak jauh, bukannya pecut. Oleh itu, ibu bapa dan pelajar dijemput untuk megunjungi Kolej Universiti Manipal Malaysia dan merasai sendiri kehidupan sebagai bakal “Manipalite”.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Kolej Universiti Manipal Malaysia
Jalan Batu Hampar
75150 Bukit Baru, Melaka
Tel: 06-289-6662 / 1700-811-662
Emel: [email protected]
Laman Web: www.manipal.edu.my

Advertisement