Anda di sini

Bantuan BUDI RM2,000 secara one-off

Advertisement
ARIFIN
ARIFIN

- Kepada anak-anak Sabah lanjut pelajaran ke IPT pada tahun ini

KOTA KINABALU : Anak-anak Sabah yang akan melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tahun ini akan menerima Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) sebanyak RM2,000 secara one-off.

Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Arifin Arif berkata, bantuan BUDI yang bakal dilancarkan pada Mac tahun ini, terbuka kepada mereka yang melanjutkan pelajaran ke IPT awam atau swasta tahun 2021 untuk kemasukan kali pertama IPT di seluruh Malaysia.

Jelasnya, pemohon hendaklah merupakan warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah, berumur tidak lebih 25 tahun dan yang melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana Muda sahaja.

Tambah Arifin, ibubapa pemohon atau penjaga merupakan dalam golongan B40 dan M40 dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media di ibu negeri selepas mempengerusikan mesyuarat di pejabatnya, dekat sini.

Dalam perkembangan sama, Arifin memberitahu, bagi pelajar yang telah mendapat tajaan Biasiswa Kerajaan Negeri atau mana-mana institusi lain tidak layak mendapat bantuan BUDI.

"Bagi pemohon yang melanjutkan pengajian ke IPTS, IPT tersebut hendaklah yang diiktiraf oleh kerajaan.

"Selain itu, pemohon bantuan BUDI hendaklah mendapatkan pengesahan kemasukan (telah mendaftar) di IPT masing-masing, " katanya dalam sidang media.

Tarikh tutup permohonan bantuan BUDI ialah pada 30 Oktober 2021.

  • oleh
  • Advertisement