Anda di sini

PERMAI lindungi rakyat akibat kelembapan ekonomi, bencana

Advertisement
 

KUCHING: Inisiatif di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) yang diperkenalkan kerajaan menjadi pelindung kepada rakyat Malaysia yang menghadapi kesukaran susulan kelembapan ekonomi atau terje-jas akibat bencana alam seperti banjir baru-baru ini.

Para penganalisis di Affin Hwang Investment Bank Bhd (Affin Hwang Capital) berkata, 22 inisiatif yang diperkenalkan di bawah PERMAI bertujuan menyokong ketua isi rumah yang terkesan akibat pandemik, terutama golongan rentan dan pekerja sektor tidak formal.

Sehubungan itu, kerajaan telah mengumumkan fasa ter-akhir pembayaran Bantuan Prihatin Nasional atau BPN 2.0 yang diperkenalkan di bawah pakej KITA Prihatin, akan dipercepatkan bermula 21 Januari 2021 yang memberi manfaat kepada 11.1 juta penerima serta melibatkan peruntukan berjumlah RM2.38 bilion.

“Beberapa langkah utama PERMAI harus ditekankan, antaranya lanjutan moratorium pinjaman dan penstrukturan semula pembayaran pinjaman,” kata pasukan berkenaan dalam analisisnya.

Selain itu, kerajaan memberikan sokongan berterusan dalam pasaran tenaga kerja menerusi program seperti Program Subsidi Upah 3.0 di bawah PERKESO.

Program ini akan ditambah baik merangkumi majikan (tanpa mengira sektor) yang beroperasi di negeri-negeri yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Di bawah program berkenaan, majikan yang layak akan mene-rima subsidi gaji RM600 sebulan untuk setiap pekerja yang ber-pendapatan kurang daripada RM4,000 sehingga maksimum 500 pekerja (berbanding maksi-mum 200 pekerja sebelum ini).

Seramai 250,000 majikan yang menggaji lebih daripada 2.6 juta pekerja dijangka akan mendapat manfaat daripada subsidi ini dengan peruntukan sebanyak RM1 bilion.

Sementara itu, syarat untuk program Sistem Insurans Pekerjaan (SIP PRIHATIN) turut dilonggarkan bagi pekerja yang kehilangan pekerjaan.

Bagi perniagaan, antara langkah yang diumumkan termasuk pengembangan Geran Khas Prihatin Tambahan kepada 500,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negeri-negeri di bawah PKP, di mana masing-masing akan menerima pembayaran sebanyak RM1,000, manakala 300,000 PKS di negeri lain masing-masing akan mene-rima RM500.

Sementara itu, Public Invest-ment Bank Bhd (Public Invest Research) berkata, lima langkah rangsangan fiskal dalam tempoh kurang daripada setahun tidak pernah berlaku sebelum ini, se-kali gus menggambarkan betapa seriusnya pandemik COVID-19.

“Walaupun momentum ekonomi akan diimbangi oleh langkah-langkah untuk menga-wal penularan COVID-19, risiko momentum ini menjadi perlahan akan ditampung oleh program bantuan fiskal kerajaan secara besar-besaran bernilai RM320 bilion menerusi lima pakej rangsangan, bersamaan dengan lebih 20 peratus keluaran dalam negara kasar,” kata peng-analisisnya.

Sentimen penganalisis ini turut disokong oleh agensi penarafan antarabangsa Moody’s Investors Service yang mengesahkan pe-narafan penerbit jangka panjang mata wang tempatan dan asing Malaysia pada A3 dengan prospek stabil pada 28 Januari 2021.

 

Moody dalam satu kenyataan berkata, pengesahan penarafan itu disokong oleh jangkaannya bahawa prospek pertumbuhan jangka sederhana Malaysia akan tetap kukuh dan institusi pem-buat dasar makroekonomi akan terus dipercayai serta efektif, sekali gus mengekalkan daya tahan profil kredit negara.

“Kekuatan ini, berdasarkan anggapan dasar Moody, seimbang dengan beban hutang kerajaan yang tinggi dan meningkat, yang akan menyebabkan kelemahan fiskal untuk beberapa ketika susulan pandemik yang memberikan kejutan terhadap kewangan awam,” katanya dalam kenyataan.

Walaupun Moody terus meng-harapkan kerajaan kekal komited terhadap langkah penyatuan fiskal secara berperingkat dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang, ia berpendapat kenaikan beban hutang tidak akan berubah dengan cepat.

Agensi kredit tersebut tidak menjangka pandemik COVID-19 akan memberi impak negatif yang berterusan terhadap model ekonomi Malaysia.

Pengesahan Moody mengenai penarafan penerbit jangka panjang mata wang tempatan dan asing Malaysia pada A3 dengan prospek stabil adalah bukti disiplin fiskal kerajaan yang kukuh dan prospek pertumbuhan jangka sederhana yang mampan susulan langkah-langkah mengekang COVID-19.

Reaksi pemimpin perniagaan tempatan

Datuk Sim Kiang Chiok Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Cawangan Kuching
Datuk Sim Kiang Chiok Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Cawangan Kuching

“Pada pendapat saya, inisiatif PERMAI adalah amat tepat pada waktunya kerana pelaksanaan PKP 2.0 dan Proklamasi Darurat baru-baru ini.

“Sebahagian besar bantuan COVID-19 di bawah PENJANA telah berakhir tahun lalu dan PERMAI memperluaskan bantuan yang amat penting dalam me-melihara kesihatan, kehidupan dan perniagaan kita dalam usaha memerangi pandemik ini.

“Pengumuman itu juga menyentuh mengenai perancangan imunisasi yang akan dimulakan pada Mac dan berakhir pada suku pertama tahun depan. Terdapat pertambahan petugas kesihatan untuk membantu menjayakan perancangan tersebut.

“Bantuan untuk kehidupan harian rakyat akan diteruskan di bawah PERMAI dengan pemberi-an tunai dan beberapa inisiatif agar perniagaan dapat terus bertahan semasa PKP 2.0.”

Johnnie Ting Pengarah Urusan Hotel Meritin
Johnnie Ting Pengarah Urusan Hotel Meritin

“Pakej rangsangan ekonomi PERMAI adalah usaha terbaik kerajaan dalam membantu menangani kelembapan ekonomi negara.

“Bagi industri perhotelan, diskaun bil elektrik di peringkat persekutuan seharusnya diberikan pada awal tahun 2020 tanpa mengira tarif.

“Diskaun 10 peratus untuk tiga bulan pertama 2021 tidak mencukupi kerana masa pemulihan untuk industri secara keseluruhan perlu diambil kira.

“Subsidi upah pula sangat mem-bantu kerana dapat meringankan hampir 50 peratus beban kita untuk membayar gaji pekerja dan kita berharap ia akan berterusan sehingga pandemik berakhir.

“Moratorium dan bantuan khas daripada bank juga amat perlu.

“Dengan pendapatan yang sangat sedikit dan tempoh yang lama untuk kerajaan membayar kita sebagai pusat kuarantin, tanpa dana kita mungkin terpaksa menamatkan operasi dan tidak dapat memberi perkhidmatan kepada masyarakat.”

Advertisement