Anda di sini

Pakar WHO lawat makmal virus di Wuhan

Advertisement
 Daszak (kanan), Thea Fischer (kiri) dan anggota lain pasukan WHO yang ditugaskan           untuk menyiasat asal usul COVID-19 tiba di Institut Virologi Wuhan di wilayah tengah Hubei semalam. — Gambar AFP
SIASAT: Daszak (kanan), Thea Fischer (kiri) dan anggota lain pasukan WHO yang ditugaskan untuk menyiasat asal usul COVID-19 tiba di Institut Virologi Wuhan di wilayah tengah Hubei semalam. — Gambar AFP

WUHAN: Pemeriksa Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) melawat sebuah makmal di bandar raya Wuhan semalam, yang dicadangkan oleh pegawai Amerika Syarikat (AS) sebagai kemungkinan sumber virus COVID-19, lapor media kerajaan.

Pemeriksaan di Institut Virologi Wuhan, yang menjalankan kajian ke atas penyakit paling berbahaya di dunia, merupakan salah satu persinggahan paling mendapat perhatian pasukan siasatan untuk menyiasat asal usul pandemik COVID-19.

Misi sensitif itu, yang di-tangguhkan oleh China se-panjang tahun pertama pandemik, memberi satu kuasa untuk menerokai bagaimana virus berpindah dari haiwan kepada manusia.

Tetapi persoalan masih wujud tentang apa yang pakar boleh harap temui selepas begitu banyak masa berlalu.

Saintis mempercayai CO-VID-19, yang kali pertama muncul di Wuhan dan sudah membunuh lebih dua juta orang di seluruh dunia, ber-asal dari kelawar dan mungkin dipindahkan kepada manusia menerusi mamalia lain. Namun tiada jawapan jelas setakat ini.

Terdapat spekulasi di awal pandemik bahawa virus mungkin secara tidak sengaja terbocor dari bilik keselamatan bio makmal di Wuhan, walaupun tiada bukti untuk menyokong teori itu.

Presiden AS ketika itu, Do-nald Trump dan penyokongnya, menerima spekulasi ini dan membina teori konspirasi bahawa China sengaja membocorkan virus itu.

Syarikat penyiaran keraja-an China, CGTN semalam berkata, pasukan WHO akan melawat bilik keselamatan bio makmal dan bertukar idea dengan pakar institut mengenai kerja harian, kerja-sama saintifik antarabangsa, usaha antiepidemik dan sumbangan.

China berdepan kritikan di tanah air dan luar negara kerana mengetepikan penularan awal wabak dan menyembunyikan maklumat apabila ia kali pertama muncul di Wuhan pada Di-sember 2019.

Tetapi anggota pasukan WHO, Peter Daszak,  memberitahu wartawan kelmarin bahawa misi berjalan sangat lancar ketika kumpulan itu dibawa ke pusat kawalan penyakit haiwan.

China juga berazam untuk memberikan fokus kepada proses pemulihan dari pandemik itu dan pasukan WHO melakukan lawatan ke pusat pameran meraikan pemulihan China dari pandemik di Wuhan pada Sabtu lepas.

Pada hari Ahad, pasukan pergi ke pasar basah di Wuhan, di mana salah satu kluster pertama jangkitan muncul lebih setahun lalu. — AFP

Advertisement