MIAMI: Dua ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) ditembak mati dan tiga lagi tercedera kelmarin ketika menyerahkan satu waran geledah terhadap seorang suspek dalam kes pornografi kanak-kanak di negeri Florida di selatan Amerika Syarikat (AS), me-nurut FBI.
Suspek turut terbunuh, kata FBI dalam satu kenya-taan.
FBI dan laporan media menyatakan kejadian tembakan berlaku pada kira-kira jam 6 pagi waktu tempatan di Sunrise, Florida, semasa beberapa ejen tiba untuk me-nyerahkan satu waran geledah di kediaman suspek.
Pengarah FBI Christopher Wray mengenal pasti dua ejen khas FBI yang terkorban sebagai Daniel Alfin dan Laura Schwartzenberger.
“FBI akan selalu menghargai pengorbanan mereka dan akan selamanya berterima kasih di atas keberanian mereka,” Wray menyatakan dalam satu kenyataan.
Dua ejen yang tercedera telah dibawa ke hospital dan berada dalam keadaan stabil, kata FBI. Ejen ketiga tidak perlu dimasukkan ke hospital.
Satu sumber penguat-kuasaan undang-undang memberitahu akhbar Mia-mi Herald bahawa suspek telah menembak dan membunuh dirinya sendiri selepas mengurung dirinya di dalam rumah selama beberapa jam.
Akhbar menyatakan bahawa ejen-ejen FBI telah cuba untuk merampas komputer suspek dan beberapa bahan bukti lain dalam satu kes pornografi kanak-kanak.
Jurucakap Rumah Putih Jen Psaki menyatakan Presiden Joe Biden telah dimaklumkan oleh pegawai Keselamatan Dalam Negeri mengenai kejadian tembakan itu.
“Ini adalah benar-benar satu tragedi yang teruk,” kata Psaki.
Dua ejen FBI yang ter-korban itu merupakan yang pertama telah ditembak dan terbunuh ketika sedang bertugas sejak seorang ejen ditembak mati di Pittsburgh, Pennsylvania, pada 2008, menurut rekod FBI. — AFP