Anda di sini

Bridgerton catat rekod baharu Netflix dengan 82 juta penonton

Advertisement
 

KISAH romantik Regency ‘Bridgerton’ telah menjadi siri baharu paling popular di Netflix, dengan lebih daripada 82 juta isi rumah menonton drama menge-nai zaman silam itu.

Menurut perkhidmatan striming popular itu, siri ‘Bridgerton’ mencapai kedudukan nombor satu di 83 negara termasuk Amerika Syarikat, Britain, Brazil, Perancis, India dan Afrika Selatan.

“Saya merasa SANGAT bangga dengan pasukan di sebalik pertunjukan ini! Dan terima kasih kepada anda semua kerana sukakannya,” tulis Phoebe Dynevor, 25, yang berlakon sebagai watak utama Daphne Bridgerton, di Instagram.

Netflix berkata, sebanyak 82 juta isi rumah menonton pertunjukan itu dalam 28 hari pertamanya dalam talian, menggambarkan ia sebagai “siri terbesar sepanjang masa” di rangkaiannya.

Rekod sebelumnya adalah 76 juta tontonan sepanjang tempoh empat minggu bagi siri ‘The Witcher’. Jumlah itu tidak tertakluk kepada pengesahan pihak ketiga, tidak seperti pengukuran jumlah audiens bagi tayangan televisyen.

‘Bridgerton’ tersenarai dalam 10 teratas di setiap negara kecuali di Jepun, tambah syarikat itu.

Daripada pengarah ‘Grey’s Anatomy’ Shonda Rhimes, siri ini memberikan satu perubahan moden terha-dap siri novel mengenai sebuah keluarga kelas atasan pada awal kurun ke-19 di England, selain memperkenalkan barisan pelakon yang pelbagai dan tema feminis yang sangat kuat.

 Rege-Jean Page dan Phoebe Dynevor (kanan)  watak utama dalam ‘Bridgerton’ yang baru-baru ini menjadi siri baharu paling popular di Netflix, dengan lebih daripada 82 juta isi rumah telah menontonnya.
DAPAT SAMBUTAN: Rege-Jean Page dan Phoebe Dynevor (kanan) watak utama dalam ‘Bridgerton’ yang baru-baru ini menjadi siri baharu paling popular di Netflix, dengan lebih daripada 82 juta isi rumah telah menontonnya.

Musim pertama mengisahkan tentang Daphne Bridgerton ketika dia membuat penampilan pertamanya di Regency London, mencari seorang calon suami.

Netflix telah pun memberi lampu hijau untuk musim kedua ‘Bridgerton’ yang diadaptasi daripada siri novel romantik ‘Bridgerton’ yang ditulis oleh Julia Quinn dengan setiap buku menampilkan adik beradik Bridgerton yang berbeza.

Penggambaran akan diteruskan pada musim bunga, dan musim kedua akan tertumpu kepada ‘aktiviti romantik’ abang sulung Daphne, Lord Anthony Bridgerton (Jonathan Bailey).

Siri itu mendapat penarafan ‘segar’ 90 peratus daripada pengkritik dalam laman sesawang Rotten Tomatoes.

Ia adalah yang pertama dikeluarkan di bawah perjanjian besar-besaran Rhimes dengan Netflix, dilaporkan bernilai AS$150 juta.

Kisahnya bermula pada tahun 1813 di England, di bawah pemerintahan Putera Wales, ketika satu pergolakan budaya yang ditandakan oleh penulis seperti Jane Austen dan Mary Shelley.

Tidak seperti siri drama terkenal zaman tersebut seperti ‘Downton Abbey’, ‘Bridgerton’ adalah bebas dengan ketepatan dari segi sejarah dalam langkah untuk menarik penonton moden.

Sementara kostum dan set adalah kebanyakan menyerupai era tersebut, sikap karektor, bahasa dan kepentingan adalah lebih bersesuaian dengan penonton dari kurun ke21.

Sebagai contoh, sebuah orkestra dewan memainkan ‘thank U, next’, lagu terkenal 2018 oleh bintang pop terkenal Ariana Grande, ketika pembukaan satu majlis tari-menari.

Penceritaan penuh misteri dan serba tahu oleh Lady Whistledown, dengan suara Julie Andrews, adalah sama dengan siri TV terkenal ‘Gossip Girl’.

Rancangan itu turut menampilkan pelakon kulit Hitam dalam watak masyarakat kelas atasan, di sebalik fakta tentang perhambaan yang hanya dimansuhkan pada 1833 di England, dan rasisme yang menular pada permulaan kurun ke-19.

Rhimes, terkenal untuk menampilkan artis dan profesional dari pelbagai latar belakang dalam projek beliau, telah memberikan sentuhan terakhir dalam siri Netflix baharunya ‘Inventing Anna’. — AFP

Advertisement